AMM Retreat Di Cebu Dimulakan Dengan Perjumpaan Tiga Negara

KUALA LUMPUR, 29 Jan Pemukiman Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN (ASEAN Foreign Ministers’ Retreat, AMM Retreat) yang berlangsung di Cebu, Filipina dimulakan dengan sesi Informal Consultation on the Implementation of the Five-Point Consensus.

Menteri Luar Negeri Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi laman Facebooknya memaklumkan menyertai sesi pembukaan tersebut yang memberi tumpuan kepada perbincangan tidak formal mengenai pelaksanaan Konsensus Lima Perkara ASEAN, khususnya berkaitan situasi di Myanmar.

Mesyuarat awal dimulakan dengan perjumpaan melibatkan tiga negara ASEAN, iaitu Filipina dan Singapura. Sesi berkenaan turut dihadiri oleh PYT Ma. Theresa P. Lazaro, Setiausaha Hal Ehwal Luar Negeri Republik Filipina, serta TYT Dr. Vivian Balakrishnan, Menteri Luar Negeri Republik Singapura.

Mohamad mengetuai delegasi Malaysia ke Permukiman AMM, mesyuarat rasmi pertama ASEAN tahun ini di bawah Kepengerusian ASEAN oleh Filipina yang bertemakan “Mengemudi Masa Depan Kita, Bersama”. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO