Ucapan Dasar Ketua Puteri UMNO – Survival UMNO Perjuangan Kita
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO
15-18 JANUARI 2026
UCAPAN DASAR KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA
SURVIVAL UMNO PERJUANGAN KITA
Bismillahirrahmanirrahim, (nada perlahan)
YB Dato’ Seri Hj Mohamed Khalid Nordin
Naib Presiden UMNO Malaysia
Wakil-wakil Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia
YBhg Dato’ Sri Dr. Mohd Shafei bin Abdullah
YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Mohamed
YBhg Dato’ Seri Ahmad bin Ismail
Yang Berhormat Pemimpin-pemimpin Parti,
YBhg. Saudari Farehah Wasli
Pengerusi Tetap Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
YBhg. Saudari Zulikha Abdul Talib
Timbalan Pengerusi Tetap Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
YBhg Saudari Siti Sokhleha Nordin
Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
YBhg Saudari Siti Nor Hasyyati Abd Rahman
Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
YBhg Saudari Hanis Hazwani Hazmin
Bendahari Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
YBhg Saudari Shamellya Norazizi
Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Para Perwakilan Puteri UMNO yang saya kasihi sekalian,
Dan rakan-rakan seperjuangan yang saya hormati.
Alhamdulillahirobbil alamin
Wassolatu wassalamu ‘ala say-yi-di-na Muhammad wa ‘ala alihi wasohbihi ‘ajmain
Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah waqina ‘adzabannar
Wasallallah hu ala say-yi-di-na Muhammad, wa’ala a’lihi wasabihi wassalam

PENDAHULUAN
Bismillahirrahmanirrahim, (dalam hati)
Menjala kelah di hulu lata,
Jadi santapan jamu bersama;
Lafaz bismillah pembuka kata,
Himpunan tahunan suara bergema!
1. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, yang memberi kita kekuatan untuk terus berdiri teguh dalam per-ju-a-ngan. Pada hari ini, kita berkumpul bersama dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO, sebagai satu keluarga besar, yang bertekad untuk terus membina dan mem-per-ku-kuh pe-rju-a-ngan parti yang kita cintai.
2. Selamat datang dan selamat bersidang saya ucapkan kepada seluruh per-wa-ki-lan Puteri UMNO Malaysia. Per-him-pu-nan ini bukan sekadar rutin, tetapi medan kita me-nya-tu-kan fikiran, mem-per-kuat tekad dan mem-per-ba-ha-ru-i janji perjuangan.
3. Dalam kesibukan dan cabaran yang silih berganti, kita masih dipilih, dan memilih untuk berada di sini, sebagai bukti tetap sedia……. dan terus setia kepada parti.
4. Tahun ini, kita melangkah dengan penuh semangat dan komitmen yang lebih kuat. Seiring dengan per-e-da-ran waktu, kita perlu sentiasa peka dengan keperluan rakyat dan berubah mengikut kehendak semasa.
Ini zaman kita!
Menghadapi Realiti
Puteri-puteri yang dikasihi,
5. Hari ini, kita berdiri dalam satu fasa yang berbeza. Bukan lagi waktu menunggu arah, tetapi saat mencipta hala tuju yang lebih cerah. Puteri hari ini bukan sekadar pewaris perjuangan, tetapi pencorak masa depan.
6. Saya melihat ke-be-ra-ni-an, ke-se-ti-a-an dan ke-sung-gu-han dalam diri PUTERI…PUTERI….semua. Dan dengan semangat inilah yang mem-bu-at-kan kita masih bertahan. Seikhlas-ikhlas, terima kasih Along ucapkan.
7. Apa yang telah kita saksi dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang lalu, seharusnya menjadi ik-ti-bar, dan belajar me-nya-ring hikmah. Ia seharusnya menjadi satu jen-ti-kan ke-se-da-ran buat parti kita.
8. Menimbang mana yang perlu di-u-ta-ma-kan, serta mengambil pe-nga-ja-ran dan pro-ak-tif merangka pelan tindakan.
9. Dalam politik, kemenangan atau kekalahan dalam pilihan raya adalah se-ba-ha-gi-an da-ri-pa-da perjalanan. Walau apa jua keputusan yang diterima, kita harus fokus dan tetap terus me-man-dang ke hadapan.
10. Parti ini adalah perjuangan kita. Jadi, tugas hakiki kita, adalah men-da-pat semula ke-per-ca-ya-an rakyat, kembali kepada kita.
11. Kita bangkit…! kita melangkah…! dan kita tuntut kembali ke-me-na-ngan kita!
12. Politik adalah persepsi, dan persepsi membentuk realiti. Bagi meng-ha-da-pi cabaran ini, kita perlu flek-si-bel. Survival harus bergerak melalui e-vo-lu-si, bukan tradisi semata-mata.
13. UMNO perlu berani untuk berubah, dan bijak sesuaikan diri dengan di-na-mi-ka semasa, demi ke-lang-su-ngan parti kita.
14. Menunduk kepala menghadap raja,
Bertentang muka menghadap kawan,
Bercekak pinggang menghadap musuh.
15.Jika tidak, kita bukan sekadar ke-ting-ga-lan, tapi terpinggir dari ge-lang-gang per-ju-a-ngan.
16. Rakyat dah muak janji kosong! Yang tinggal cuma harapan yang tergantung! Persepsi umum….Bila nak undi… harapkan rakyat jadi penyokong, tapi kemudian dibiar terlopong! Ahli politik hidup senang, rakyat dibiar sewenang-wenang. Betul ke?
Pergi ke bendang menanam padi,
Padi ditanam penuh harapan;
Janji ditabur waktu mengundi,
Habis menang, lesap per-ha-ti-an.
17. Tanpa pengundi yang menyokong, parti ini cuma satu entiti kosong. Ingatlah, sokongan mereka adalah nadi yang meng-ge-rak-kan UMNO, hingga ke hari ini.
18. Puteri UMNO Malaysia, hari ini membawa suara generasi muda. Generasi yang menuntut ke-je-la-san, ke-ju-ju-ran dan ke-be-ra-ni-an dalam politik.
19. Ke-be-ra-ni-an untuk bercakap! Ke-be-ra-ni-an untuk bertindak! Ke-be-ra-ni-an untuk mengambil keputusan yang tepat!
20. Bagi kami, politik bukan sekadar soal siapa berkuasa, tetapi bagaimana kuasa itu digunakan untuk masa depan rakyat, khususnya anak muda.
21. Apa yang telah kita berikan kepada mereka? Apakah kehendak mereka? Adakah kita mendengar per-sep-si mereka?
22. Politik hari ini jarang bergerak secara ber-sen-di-ri-an. Dalam de-mok-ra-si moden, politik ker-ja-sa-ma merupakan trend glo-bal politik pada masa kini yang semakin do-mi-nan.
23. Ker-ja-sa-ma dan gabungan kuasa adalah se-ba-ha-gi-an daripada land-skap politik negara kita. Tetapi menerima re-a-li-ti tidak bermaksud kita hilang prinsip.
24. Gabungan boleh berlaku. Tetapi MARUAH… PRINSIP… dan hala tuju UMNO tidak boleh di-kom-pro-mi sama sekali.
25. Bagi Puteri UMNO, sebelum bercakap soal kerjasama, kita mesti jelas tentang siapa kita… dan apa yang kita perjuangkan!
26. Kita tidak boleh masuk ke mana-mana kerjasama politik tanpa arah yang jelas, tanpa pen-di-ri-an yang tegas, dan tanpa strategi yang tuntas.
27. Kerjasama bukan lesen untuk meng-ga-dai-kan prinsip, meng-hi-lang-kan identiti, atau berdiam diri bila suara perlu didengar….. Bukan kerana terpaksa atau demi ke-lang-su-ngan sementara.
28. Yang penting adalah SURVIVAL UMNO! Bila kita stabil dan MA-pan, rakyat juga yakin kita boleh ke depan!
29. Puteri UMNO mahu UMNO berada dalam kerjasama sebagai rakan yang re-le-van, rakan yang dihormati, rakan yang membawa nilai dan so-lu-si, dan rakan yang membawa ke-ba-i-kan kepada parti.
30. Puteri UMNO menegaskan bahawa sebarang keputusan politik perlu dibuat ber-a-sas-kan kajian me-nye-lu-ruh, bukan emosi atau kehendak pihak tertentu. Adakah kita ingin menjadi penyebab huru-hara politik negara?
31. UMNO ditubuhkan bukan semata-mata kerana kuasa, tetapi untuk memikul amanah besar menjaga maruah Melayu dan ke-sta-bi-lan negara.
32. Asas perjuangan ini ber-pak-si-kan satu perkara yang tidak boleh ter-gu-gat, iaitu ke-per-ca-ya-an rakyat.
33. Tanpa kepercayaan, UMNO kehilangan ke-wi-ba-wa-an untuk berdiri sebagai entiti yang mem-per-ta-han-kan kepentingan Melayu.
34. Melayu dan UMNO, bagai dakwat dan kertas. Satu sim-bi-o-sis yang akrab dan jelas. Menjaga rakyat, adalah menjaga amanat.
35. Justeru, tanggungjawab kita hari ini bukan sekadar me-ngi-ngat sejarah pe-nu-bu-han UMNO, tetapi me-mas-ti-kan roh perjuangan itu terus hidup melalui:
ke-ju-ju-ran kepimpinan,
ke-ikh-la-san mem-be-tul-kan kesilapan,
dan ke-sung-gu-han me-mu-lih-kan keyakinan rakyat.
36. Ambil iktibar dari ke-ti-dak-sta-bi-lan politik sejak 2018, ke-u-ta-ma-an UMNO adalah me-mas-ti-kan ke-sta-bi-lan negara dan ke-se-jah-te-ra-an rakyat.
37. Justeru, Puteri UMNO memohon agar ke-pim-pi-nan menilai dengan teliti, im-pli-ka-si untuk kekal bersama atau sebaliknya, ber-a-sas-kan kepada matlamat pe-nu-bu-han UMNO, demi menjamin ke-sta-bi-lan politik dan negara.
38. Me-ngi-nga-ti sejarah penubuhan UMNO bukan sekadar mengenang masa lalu, tetapi satu pe-ri-nga-tan bahawa amanah rakyat mesti terus di-pe-li-ha-ra….. agar UMNO kekal re-le-van sebagai pelindung dan ba-yang-ka-ra agama, bangsa, dan nusa.
Pantun
Asah pedang buat berlawan,
Saat santai tetap tak lekang;
Memang senang waktu berkawan,
Jangan sampai ber-ti-kam belakang.
Sabit rumput di waktu senja,
Tersalah sabit habis diredah;
Tabiat melalut u-sah disengaja,
Sekali ter-bi-bit membawa padah.
Isu Wanita Muda
Hadirin yang dikasihi,
39. Puteri UMNO akan terus memastikan suara wanita muda bukan sekadar didengar, tetapi diambil serius dalam menentukan masa depan negara.
40. Berada di barisan hadapan ke-pim-pi-nan wanita, kita berdiri bukan sekadar untuk memimpin, tetapi juga mengangkat isu-isu yang di-ha-da-pi golongan wanita.
41. Wanita masih berdepan cabaran besar di tempat kerja, gaji yang tidak sak-sa-ma, peluang kenaikan pangkat yang lambat, pengagihan tugas yang tidak setara, gang-gu-an seksual dan sebagainya.
42. Wanita mengandung dikatakan tidak layak bekerja. Atau mereka yang tidak diberi peluang hanya kerana telah berkeluarga. Se-se-te-ngah syarikat masih tiada sistem pe-la-po-ran yang berkesan di tempat kerja.
43. Ke-pim-pi-nan wanita bukan sahaja memberi contoh, tetapi juga membuka jalan supaya setiap wanita, dan generasi muda di belakang mereka, mendapat peluang yang adil untuk berkembang dan membawa pe-ru-ba-han nyata.
44. Oleh itu, PUTERI menggesa agar me-ka-nis-me per-lin-du-ngan dan pe-ngu-at-ku-a-sa-an yang lebih berkesan di-per-ku-kuh bagi me-na-nga-ni semua bentuk dis-kri-mi-na-si di tempat kerja, agar setiap aduan ditangani secara adil, telus dan selamat tanpa risiko balas dendam terhadap pengadu.
Tanggungjawab Kerajaan
Para hadirin yang dihormati sekalian,
45. Dalam usaha mem-ba-ngun-kan ekonomi negara secara MAM-pan, peranan kerajaan sebagai pe-ma-cu utama pem-ba-ngu-nan tidak boleh dipandang ringan.
46. Kejayaan sesebuah negara bukan sahaja diukur melalui per-tum-bu-han ekonomi, tetapi juga melalui ke-u-pa-ya-an-nya, me-lin-du-ngi dan memajukan aset tempatan yang menjadi i-den-ti-ti nasional.
47. Sebagai se-ba-ha-gi-an daripada kerajaan, kita harus mengambil tanggungjawab yang lebih besar untuk me-mas-ti-kan ke-lang-su-ngan hidup jenama-jenama tempatan atau “local brand”.
48. Kerajaan harus mem-per-ke-nal-kan polisi yang dapat membantu peniaga-peniaga tempatan, untuk berkembang.
49. Apa yang lebih penting adalah sokongan ber-te-ru-san daripada kerajaan untuk memastikan pe-lak-sa-na-an polisi ini tidak hanya menjadi satu teori, tetapi sesuatu yang dapat dirasai ge-ne-ra-si muda.
50. Ambil contoh, anak-anak muda yang berani me-mu-la-kan jenama sendiri. Kita perlu me-mas-ti-kan mereka mendapat bantuan yang sewajarnya, bukan hanya dari segi sokongan kewangan, bimbingan dan panduan, tetapi menyediakan satu e-ko-sis-tem ke-ber-sa-ma-an.
51. Kita boleh melihat bagaimana negara-negara lain seperti Amerika Syarikat mem-be-ri-kan sokongan, kepada usahawan mereka. Kenapa tidak kita?
52. Kita perlu bangga, dengan produk-produk tempatan. Jangan biarkan anak muda kita malu untuk menyebut, “Ini adalah produk Malaysia!” Sama seperti Elon Musk yang membawa nama Amerika di seluruh dunia, kita perlu me-le-tak-kan jenama tempatan kita, di mata DUNIA.
53. Kita ada ke-mam-pu-an untuk mencipta dan meng-ha-sil-kan produk yang berkualiti, dan menjadi tang-gung-ja-wab kerajaan untuk men-du-kung produk-produk ini.
54. Ada banyak i-ni-si-a-tif yang kita ada. Tapi macam mana kita nak pastikan usaha ini, dapat dekatkan rakyat dengan kerajaan? Nak buat anak muda ini, rasa mereka disokong dari belakang?
55. Sta-tis-tik menunjukkan sekitar 1 juta hingga 1.3 juta anak muda terpaksa bergantung kepada kerja flek-si-bel atau pen-da-pa-tan sampingan sebagai kerja kedua untuk meneruskan ke-lang-su-ngan hidup.
56. Kita ada ke-mam-pu-an dan kuasa untuk bantu mereka, naikkan perniagaan mereka, secara tak langsung me-ning-kat-kan ke-per-ca-ya-an mereka kepada kita. Ini zaman anak muda MENDUNIA. Ini zaman kita!
57. Kita mahukan anak muda bersama kita. Tapi apa yang kita telah buat untuk bantu mereka? Setakat menekan bab politik ber-de-gar. Namun dalam masa yang sama men-ja-uh-kan mereka dari rasa ke-ber-sa-ma-an, dan rasa tang-gung-ja-wab kepada negara.
Menuju PRU
Kepada Puteri yang Along kasihi,
58. Dalam menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang, kita semua maklum bahawa land-skap politik negara hari ini semakin mencabar dan kompleks.
Sentimen rakyat berubah dras-tik,
Corak sokongan tidak lagi sta-tik, dan
Per-sa-i-ngan pula semakin di-na-mik.
59. Justeru, setiap langkah yang kita atur, perlu dibuat dengan penuh per-tim-ba-ngan, ke-bi-jak-sa-na-an dan ke-in-sa-fan terhadap realiti semasa.
60. Namun dalam keadaan ini, kita tidak perlu terlalu ghai-rah, mengejar jumlah. Bukan semua ge-lang-gang, perlu kita terjah. Bukan semua perang, perlu kita redah.
61. Fokus pada kekuatan kita, jaga sumber dengan bi-jak-sa-na. Kerana ke-me-na-ngan lahir daripada strategi, bukan sekadar ke-be-ra-ni-an semata-mata.
62. Tak perlu letak calon se-me-na me-na. Tapi tak hirau kekangan yang kita ada.
Nak berperang kena bertenang,
Jangan kerana tamak nak berlawan,
Semua ge-lang-gang nak di-ten-tang,
Sampai habis semua gugur ber-ge-lim-pa-ngan.
63. Bagi rakan seperjuangan Puteri, kita harus bersedia, kerana kita sudah ke-sun-tu-kan masa. Persiapkan diri menjadi calon.
64. Ayahanda Presiden, kami bukan nak calon untuk jaga hati kami….kami bukan nak calon sekadar mengisi kerusi….tapi kami nak calon yang boleh menangkan parti.
65 Mulakan persiapan dari sekarang, dengan membina kre-di-bi-li-iti dalam masyarakat. Jangan menunggu saat-saat akhir baru terhegeh-hegeh turun padang…….. baru buat-buat nak bertandang.
66. Kita perlu sentiasa berada di hati pengundi. Macam mana nak dekati pengundi? Me-ma-ha-mi kehendak pengundi? Bukan berlegar hanya di PWTC.
67. Mak-si-mum-kan semua platform yang ada untuk mendekati rakyat dan me-nyam-pai-kan idea. Puteri, mesti lebih ber-ke-ya-ki-nan. Ke-ter-li-ha-tan bukan lagi pilihan, tapi satu keperluan.
68. (Nada santai) Apa yang kita tiada……….? DAH LA CANTIK, PANDAI, MEMENUHI KRI-TE-RI-A ANAK MUDA. Bak kata ore Kelate, “Ado belako atas awok tu.”
69. (Semangat) Ke-pim-pi-nan tidak bermula dengan jawatan, tetapi dengan tindakan. Puteri bukan hiasan politik. Puteri adalah tenaga perubahan, Jangan ragu pada diri sendiri!
Kita boleh! Kita layak! Dan sekarang adalah masanya!
Ini Zaman Kita!
Mandat Puteri
Sidang perwakilan sekalian,
70. Menjadi ahli Puteri bukan sekadar me-lam-bang-kan sayap sokongan semata-mata, tetapi juga menjadi wakil kepada suara wanita muda, dalam politik negara. Murah atau mahal harga diri kita, kita yang tentukan.
71. Kita perlu me-mas-ti kan kita bukan hanya sebagai pelengkap struk-tur parti, tetapi sebagai pemimpin muda yang benar-benar membawa perubahan.
72. SABAN TAHUN kita me-la-ung tentang peng-li-ba-tan 30% wanita dalam pen-tad-bi-ran dan politik. Tapi realitinya, perkara ini tak terjadi dalam parti kita sendiri.
73. Komitmen yang terus di-la-faz berkali-kali, tapi masih belum kita te-pa-ti. Ini me-rang-ku-mi seluruh wanita dalam UMNO, termasuk kekanda-kekanda kita dalam Wanita UMNO yang sekian lama setia berjuang, tanpa ter-ke-cu-a-li.
74. Mana calon Puteri? Sampai bila kami perlu MENGEMIS? Kenapa kami di-dis-kri-mi-na-si? Apa lagi yang kami tak beri pada parti?
75. Bila Puteri nak di-ke-te-ngah-kan, mestilah kena cukup syarat itu dan ini. Tapi bila lelaki yang jadi calon, hilang deposit pun tak peduli!!
76. Puteri ni…. selalu dipandang rendah. Perjuangan kami, diambil mudah. Permintaan kami sering tak diendah. Dalam apa jua situasi, selalu mengalah…. Setakat menahan rasa tak sudah-sudah. TAPI, SAMPAI BILA??!!!!
77. Kita tengok kembali ke belakang, UMNO pernah menjadi platform yang membawa pemimpin muda ke hadapan. Kalau dulu kita boleh buat, kenapa tidak sekarang?
78. Ini zaman orang muda, pe-lu-ang kenalah sama rata. Namun jika parti masih ragu-ragu untuk memberi ruang kepada calon wanita muda, maka sebenarnya kita sedang me-nyim-pang daripada tra-di-si prog-re-sif UMNO sendiri.
Ini zaman kita!
Puteri-puteri yang Along kasihi,
79. Adakah kita sudah pun menjadi pe-mang-kin pe-ru-ba-han, atau sekadar menjadi ikut ikutan, bak lalang yang ditiup kiri kita ke kiri, tiup ke kanan, kita ke kanan? Fikir-fikirkan lah.
80. Kepada ketua-ketua Puteri bahagian, ini adalah tahun ketiga untuk anda semua. Along rasa, Along dah tak perlu ajar tentang ke-pim-pi-nan. Kamu semua, dah tahu apa nak buat dan ambil tindakan.
81. Ini masanya tengok balik, apa ke-le-bi-han kita, untuk pastikan politik kita maju ke hadapan. Adakah sekadar nak duduk menunggu arahan? Atau merenung semua kekangan?
82. Ambil masa, duduk bincang dan lakukan sum-bang-sa-ran.
Usia Puteri UMNO: Satu Keperluan, Bukan Kehendak
83. Setiap tahun, dalam per-si-da-ngan ini, satu perkara terus di-bang-kit-kan, cadangan untuk me-na-ik-kan had, umur Puteri UMNO kepada 40 tahun.
84. Dan harus saya tegaskan di sini, usul ini bukan muncul secara tiba-tiba, bukan bersifat emosi, dan bukan juga gila jawatan.
85. Namun sehingga hari ini, kita masih menunggu satu ke-pu-tu-san muktamad daripada pe-ngu-ru-san tertinggi parti.
86. Dato’ Seri Presiden dan pimpinan yang dihormati, Dato Seri Khaled Nordin, Pengerusi Usul dan Perlembagaan Parti ada di sini. Dunia hari ini telah berubah.
87. “Saya nak tanya dalam dewan ini, cuba angkat tangan berapa yang dah lebih 35 tahun?”
88. “Saya nak tanya dengan mantan-mantan yang, kalau diberi peluang nak patah balik, siapa nak masuk balik?”
89. “Berapa ramai tenaga yang kita hilang nanti. Dato Seri, tengok sendiri. Kita nak fikir macam mana survival Puteri UMNO untuk 25 tahun lagi. Kita ni….. punyalah setia nak kekal dalam parti, ITUPUN parti masih tak peduli.”
90. Kami mahu me-mas-ti-kan pelapis yang telah dilatih dalam Puteri tidak hilang begitu sahaja apabila mereka meningkat usia nanti.
91. Oleh itu, kami ingin me-nge-kal-kan bakat-bakat ini sebagai aset parti dan permata kepimpinan, supaya pe-nga-la-man mereka terus memberi manfaat kepada parti dan ge-ne-ra-si pemimpin seterusnya.
92. Langkah ini bukan sahaja menjaga ke-si-nam-bu-ngan, tetapi juga mengurangkan ke-ru-gi-an besar kepada parti.
93. Maka dengan penuh hormat, namun tegas, Puteri UMNO mengharapkan agar perkara ini tidak lagi sekadar didengar, tetapi di-per-tim-bang-kan dan diputuskan dengan se-wa-jar-nya demi masa depan parti yang kita cintai.
94. Ini bukan soal legasi. Tapi tentang survival PUTERI!! (ULANG 2 KALI)
Ini zaman kita!
UMNO dan Intinya
Sidang perwakilan yang dikasihi,
95. Kita juga perlu jujur bahawa UMNO tidak boleh berfungsi hanya dengan i-de-a-lis-me. Tanpa pem-bi-a-ya-an yang tersusun, yang bekerja akan ke-le-ti-han, dan yang ber-ja-wa-tan akan terpisah daripada realiti.
96.Orang parti yang bekerja untuk parti, tetapi tidak disokong, orang dilantik tidak menyumbang, dan parti bergantung pada simpati.
97. Sedar tak sedar, UMNO kalah kerana kita, UMNO ditolak kerana kita, UMNO lemah kerana kita.
98. Ber-ca-ka-ran tak sudah, bergaduh sini sana…… hanya membuat porak peranda, dan me-ner-bit ego yang me-mus-nah
99. Jangan sampai generasi-generasi pewaris parti ini, tak lagi ada rasa em-pu-nya dengan parti sendiri. Tidak ada rasa ke-ber-sa-ma-an, dan bangga menjadi ahli UMNO yang dulunya begitu gemilang di-pan-dang orang.
100. Apalagi yang kita ada sekarang? Jika ini berterusan…. UMNO tak akan lama bertahan.
Rekonsiliasi Politik
102. UMNO bukan milik individu atau kelompok tertentu. UMNO milik semua. Tang-gung-ja-wab mem-per-ta-han-kan dan me-ngu-kuh-kan parti ini, adalah tang-gung-ja-wab bersama seluruh ahli.
103. Politik negara me-mer-lu-kan satu titik noktah kepada per-mai-nan politik berterusan. Maka satu langkah besar iaitu RE–KON–SI–LI–A–SI POLITIK NASIONAL harus dibuat. Pen-da-mai-an politik harus di-mu-la-kan oleh UMNO. Per-pe-ca-han hari ini juga serpihan UMNO. 10 Perdana Menteri juga lahir daripada UMNO.
104. UMNO tidak boleh bersifat eks-klu-sif. Pintu parti mesti dibuka seluas-luasnya kepada se-si-a-pa yang mahu berjuang dan berkawan.
105. Ke-ter-bu-ka-an inilah kekuatan UMNO dan mem-bu-at-kan parti kita terus bertahan dan berkembang.
106. Buat UMNO yang di-cin-ta-i, mari kita kumpulkan kembali setiap jiwa semua yang masih me-nya-ya-ngi UMNO. Kita bina kembali rumah ini. Rumah per-ju-a-ngan yang pernah me-nya-tu-kan harapan dan pe-ngor-ba-nan.
107. Buat yang mahu kembali, kami tunggu dengan senang hati. Kita sambung ukhuwah yang terlerai, kita bina impian baru untuk kita gapai. Kita satukan langkah dan tekad, demi masa depan bangsa yang lebih bermaruah dan berdaulat.
108. Parti tidak boleh dibina dengan rasa takut. Tidak boleh di-ge-rak-kan dengan rasa ke-pu-ra-pu-ra-an. Hadapilah realiti. Akuilah ke-le-ma-han parti.
Kita bangun! Perbetul per-sep-si dan ber-e-vo-lu-si.
Ini zaman kita!
Rakan-rakan seperjuangan Puteri,
109. Kita bakal hadapi PRN di dua negeri tak lama lagi. Ada yg kata….. mudah untuk kita menang. Ada juga yang kata, mungkin kalah di-ten-dang.
110. Kita bercakap tentang hala tuju. Tapi yang penting adalah hala tuju menuju PRU. Bukan sekadar me-lu-lu dan ambil keputusan ter-buru-buru.
111. Pandangan Puteri sendiri, kita mampu, dan senang untuk menang…. apabila kita beri apa yang rakyat mahu, dan apa yang rakyat harapkan. Kadang-kadang kita leka, tutup mata, serta pe-kak-kan te-li-nga, hanya ikut tekak sendiri.
112. Satu lagi yang perlu ditekankan, jangan ulang na-ra-tif anak muda, jika pe-mi-li-han calon tidak men-cer-min-kan naratif itu.
113. Orang akan persoalkan, mengapa na-ra-tif kita tak selari dengan tindakan? Sem-bang ken-cang, yang akhirnya hanya akan membuah ke-cun-dang.
Penutup:
Saudari-saudari sekalian,
114. Marilah kita bersama-sama mengambil satu langkah ke belakang, me-mu-ha-sa-bah diri dan niat per-ju-a-ngan kita ini. Jangan sesekali meninggi diri, merasa besar dan men-da-bik dada.
115. Kita berjuang untuk rakyat, bukan untuk ke-pen-ti-ngan diri. Kita di sini memikul tang-gung-ja-wab, amanah yang akan disoal nanti.
116. Suka juga untuk saya ingatkan. Jangan pernah kita lupa musang berbulu ayam. Kerajaan BN jatuh kerana ada pem-bang-kang Melayu yang seronok melihat kerajaan Melayu Islam jatuh. Tapi sekarang ter-balik pula, dialah yg ter-paling mem-bela, me-nge-nang semua jasa yang ada.
117. YAB, Dato Seri Presiden, sebagai Presiden parti, kita dah kalah sama sama, jadi ini adalah masa untuk kita menang bersama-sama. Ibarat telur se-kang-kak, pecah sebiji, pecah semua.
118. Kita dah mulakan per-ju-a-ngan ini di saat kita berada di bawah. Jadi….. mari kita bangkit semula….. mencipta sejarah.
Puteri-puteri yang dikasihi,
119. Tanya pada diri sendiri, kenapa kita masih di sini… Kenapa kita masih mahu berada di sini…. Kenapa kita masih yakin dan percaya kepada parti ini…. Kerana jawapannya, hanya ada dalam diri kita sendiri.
120. Kepada semua ahli Puteri UMNO, Along menyeru agar kita terus berjalan tanpa henti. Jika kita jatuh, bangunlah sekali lagi.
121. Teruskan per-ju-a-ngan dan terus jalan ke depan. Kita bukan sahaja pemimpin hari ini, tetapi juga, pemimpin masa depan, yang akan me-ngang-kat suara wanita muda, sampai bila-bila.
122. Survival UMNO yang Puteri tegaskan bukan bermaksud sekadar bertahan, me-mas-ti-kan UMNO tidak mati, tetapi ber-a-dap-ta-si untuk kembali re-le-van. Kita akui ke-le-ma-han, tapi bukan lagi waktu untuk selesa berada dalam mod bertahan.
123. Kami sayangkan UMNO, dan sampai bila-bila pun ke-se-ti-a-an ini akan tetap utuh.
Rumah ini akan selalu menjadi ……tempat kami berteduh…… dan akan kami perkukuh!
Andai gelap, kami bersuluh,
Membawa panji per-ju-a-ngan……. yang tak pernah runtuh.
Buat Puteri-Puteri yang selamanya Along kasihi,
Semoga setiap usaha kita di-per-mu-dah langkah,
Setiap niat, di-pe-li-ha-ra makna dan hikmah,
Walau cabaran datang mencelah,
Puteri tidak gentar, tidak rebah.
Pantang berundur, pantang menyerah!
Kerana kejayaan….. milik mereka yang terus me-lang-kah.
Pantun
Lena puteri indah bermimpi,
Datang pe-ng-iran mahu bertandang;
Semangat Puteri tidak bertepi,
Berganti tahun tetap gemilang.
Datang pe-ngi-ran di dini hari,
Bawa se-jam-bak jam-ba-ngan mekar;
Puteri tak akan mengundur diri,
UMNO keramat terus me-nge-kar!
Jam-ba-ngan mekar indah di-ta-tang,
Jadi bu-a-lan kisah peng-li-pur;
Semangat membakar PRU datang,
Puteri UMNO sedia tempur!!
Kisah peng-li-pur meng-hi-bur sukma,
Penuh nasihat juga amanat;
Khidmat di-su-bur bangkit bersama,
Demi UMNO, PARTI KERAMAT!
Nasihat amanat lekat di hati,
Buat temani saat gelita,
Puteri UMNO satria parti,
ZAMAN INIII……..ZAMAN KITA!
Sekian, terima kasih.
Wabillahitaufik Walhidayah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
