Melaka Meterai Kerjasama Strategik Türkiye Bagi Projek Limbungan Kapal RM1.8 Bilion

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Kerajaan Negeri Melaka terus memperkukuh kedudukan negeri sebagai hab maritim serantau apabila memuktamadkan kerjasama strategik bersama syarikat perkapalan terkemuka Türkiye bagi pembangunan projek limbungan kapal moden bernilai RM1.8 bilion di Zon Ekonomi Persisiran Pantai Selat Melaka (SM-WEZ).

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengadakan lawatan rasmi ke Desan Shipyard di Istanbul yang menjadi medan pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) bagi pelaksanaan projek strategik Enrique of Malacca Shipyard, yang dijadualkan ditandatangani hari ini.

Menurut beliau, projek berimpak tinggi ini bukan sahaja memperkukuh ekosistem industri maritim Melaka, malah mengangkat semula kegemilangan legasi maritim negeri ke peringkat antarabangsa menerusi pemindahan teknologi dan kepakaran global.

“Lokasi strategik Melaka yang mempunyai akses terus ke Selat Melaka iaitu laluan perkapalan antarabangsa tersibuk dunia, menjadikan projek ini berpotensi besar sebagai pemangkin pertumbuhan industri maritim serantau,” katanya.

Jelasnya, projek Enrique of Malacca Shipyard bukan sahaja memperkukuh keupayaan industri maritim negeri, malah mengangkat semula legasi maritim Melaka ke peringkat antarabangsa melalui kerjasama teknologi dan kepakaran global.

“Projek Enrique of Malacca Shipyard akan dibangunkan di kawasan pesisir pantai Melaka dengan akses terus ke laluan perkapalan antarabangsa tersibuk dunia, iaitu Selat Melaka.”

Ujarnya, dengan tempoh pembinaan selama dua tahun, Enrique of Malacca Shipyard dijangka mula beroperasi pada tahun 2028 dan berfungsi sebagai pemangkin utama pertumbuhan industri maritim di Selat Melaka dan rantau Asia Tenggara.

Antara komponen utama projek termasuk:
• Pembinaan dan Pembaikan Kapal (Shipbuilding, Ship Repair & Retrofit – SBSR);
• Perkhidmatan Marin;
• Kemudahan Fasiliti Fabrikasi; dan
• Komponen Tarikan Pelancongan Maritim. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO