Mesyuarat Khas UMNO Perak Bincang Isu Semasa Dan Perancangan 2026
IPOH, 5 Jan – Kepimpinan UMNO Negeri Perak terus memperkemas hala tuju parti apabila Badan Perhubungan UMNO Perak mengadakan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perhubungan di Bangunan UMNO Perak, semalam.
Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Turut hadir ialah barisan Jawatankuasa Perhubungan UMNO negeri serta kepimpinan bahagian.

Dalam mesyuarat tersebut, pelbagai isu semasa dibincangkan secara menyeluruh, termasuk perkembangan politik semasa dan cabaran yang dihadapi parti di peringkat negeri.
Selain itu, perancangan awal berkaitan pergerakan serta aktiviti UMNO Perak bagi tahun 2026 turut menjadi fokus utama perbincangan.
Mesyuarat ini diadakan bagi memastikan keselarasan gerak kerja antara kepimpinan negeri dan bahagian, sekali gus memperkukuh organisasi parti agar kekal mantap dan berdaya saing. – UMNO Online
