Pendidikan Awal Bentuk Generasi Beradab, Akmal Zharif Hargai Usaha Pendidik KEMAS

TAMBUN,  11 Dis — Ketua Pemuda UMNO Tambun, Akmal Zharif Ahmad Kamal melihat pendidikan awal merupakan asas penting dalam membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan beradab.

Jelasnya, kegigihan para pendidik KEMAS serta kesungguhan anak-anak yang mengikuti pembelajaran menjadi bukti komitmen berterusan dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti.

“Pendidik KEMAS bukan sahaja mengajar anak-anak membaca dan menulis, malah turut membina asas akhlak, keyakinan diri dan sahsiah yang kukuh,” katanya.

Akmal berkata demikian ketika menghadiri Majlis Apresiasi Tabika KEMAS Parlimen Tambun yang berlangsung di sini hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada guru-guru Tabika KEMAS yang sentiasa sabar dan tekun mendidik anak bangsa, serta ibu bapa yang terus memberikan sokongan padu.

Akmal dalam masa sama mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang diraikan pada majlis tersebut dan berharap kejayaan hari ini menjadi pemangkin kepada pencapaian lebih cemerlang pada masa hadapan.

“Moga Allah mempermudahkan perjalanan ilmu mereka dan menjadikan mereka insan yang memberi manfaat kepada masyarakat,” ujarnya. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO