Syed Hussien Santuni Rakyat, Sampaikan Bantuan Ringankan Beban

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah meneruskan khidmat bakti beliau di kawasan dengan menyantuni rakyat bagi menghulurkan bantuan.

Terbaharu beliau yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berbesar hati merasmikan Program Penyerahan Bantuan Kasih Johor Fasa 2, sebuah inisiatif di bawah kerajaan negeri.

“Saya ke Flat Rumah Sewa Kerajaan (RSK) Kluang bagi merasmikan Program Penyerahan Bantuan Kasih Johor Fasa 2 kepada peserta Projek Perumahan Rakyat (PPR)/RSK Negeri Johor

“Alhamdulillah, hasil usaha keras kerajaan Negeri Johor ini dibawah pimpinan Datuk Onn Hafiz Ghazi Menteri Besar Johor, rakyat dapat merasai hasilnya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Syed Hussien seterusnya mengunjungi sebuah keluarga yang berhadapan dengan kesempitan hidup dan memerlukan perhatian serta bantuan.

Kesempatan tersebut dimanfaatkan sebaiknya beliau dengan menyampaikan bantuan keperluan asas bagi kemudahan keluarga tersebut.

“Saya bersama Tok Madun Ketua Kampung Tengah dan Ketua Wanita Cawangan Kampung Tengah serta sahabat-sahabat Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Kluang pergi ke Lorong Rozed Kampung Tengah bagi membantu satu keluarga yang berada dalam keadaan susah dengan sembilan orang anak.

“Alhamdulillah, kami telah membeli beberapa barang keperluan serta beberapa perabot untuk keselesaan mereka sekeluarga,” ujar beliau. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO