Sidang DUN N.Sembilan: Mohamad Asna Tunai Tanggungjawab Sulung Selaku Timbalan Speaker Baharu
SEREMBAN, 9 Dis – Persidangan Ketiga Belanjawan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang bermula semalam berlangsung dengan tertib dan lancar menyaksikan Timbalan Speaker baharu, Datuk Mohamad Asna Amin membuat penampilan sulungnya mempengerusikan sesi petang.
Mohamad Asna, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng telah dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua (Speaker) DUN Negeri Sembilan dalam Persidangan Kedua Penggal Ketiga DUN Negeri Sembilan Yang Ke-15 pada Ogos lalu.

Beliau berkata, persidangan kali ini fokus kepada perbahasan dan kelulusan agenda pembangunan negeri.
“Pada sesi sebelah petang (semalam), saya telah diberi amanah mempengerusikan persidangan, dan Alhamdulillah segalanya berjalan dengan teratur serta lancar.”
Beliau berharap perbincangan belanjawan tahun ini akan terus membawa manfaat kepada rakyat dan memperkukuh pembangunan
“Semoga perbincangan belanjawan tahun ini terus membawa manfaat kepada rakyat serta memperkukuh pembangunan Negeri Sembilan secara menyeluruh,” katanya.
Enam ADUN mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan 2026 pada sesi berkenaan, iaitu Mohamad Hanifah (Rantau – PPBM); P. Gunasekaran (Lobak – Dap); Datuk Bakri (Klawang – Amanah); Mohamad Razif (Sungai Lui – BN); Raja Sakaran (Sri Tanjong – PKR) dan Ridzuan (Gemas – PPBM).
Pada Ogos lalu, Mohd Asna yang juga yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban telah dilantik sebagai speaker dengan dicadangkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun (PH-Sikamat) dan disokong oleh ADUN Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN) – UMNO Online
