Akar Umbi GRS, Warisan Sertai UMNO Di Sukau, Sokong Datuk Jafry
KINABATANGAN, 24 Nov – Berbaki lima hari tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau dikejutkan dengan penyertaan pimpinan di akar umbi menyertai UMNO sekaligus menyatakan sokongan terbuka kepada calon Barisan Nasional (BN) di kawasan berkenaan, Datuk Jafry Ariffin.
Di Kg Suar Lamban, Ketua Cawangan GRS Ortek, Ali Umar Hasan bukan sahaja menyatakan sokongan kepada Datuk Jafry malah mengambil keputusan untuk menyertai UMNO.
“Saya sukarela menyertai UMNO dan kembali ke pangkal jalan… tidak ada paksaan sesiapa pun untuk menyertai UMNO pada hari ini yang mana saya tengok parti berkenaa adalah benar-benar sebuah parti untuk membela rakyat dan juga untuk kebaikan di Sabah yang boleh menjamin cara hidup kemajuan rakyat dan juga negeri ini.
“Saya bersama lebih daripada 60 mereka yang lain menyokong sepenuhnya calon BN, Datuk Jafry bagi kawasan DUN Sukau ini dan berharap beliau memperoleh kepercayaan sekali lagi.
Dalam perkembangan sama di Ketua Wirawati Parti Warisan Cawangan Manggis Buang Sayang, Azlina Sadi bersama Ketua Wira parti berkenaan di cawangan yang sama turut menyatakan sokongan kepada Datuk Jafry.
Malah mereka turut percaya dan penuh yakin langkah berkenaan akan diikuti oleh rakan-rakan yang lain.
“Calon BN ini banyak membantu masyarakat setempat…jadi melihat kepada senario itu saya mengambil keputusan hari ini menyatakan sokongan kepada Datuk Jafry,” ujarnya.- UMNO Online
