Wisma Putra Diharap Bawa Isu Pengiktirafan Bukit Golan Ke PBB, Hormati Resolusi 497


KUALA LUMPUR, 26 Mac – Diharapkan Wisma Putra membawa isu pengiktirafan Bukit Golan sebagai wilayah Israel ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi melindungi hak Syria, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) menandatangani pengisytiharan mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas wilayah Bukit Golan yang dipertikaikan mencabul Resolusi Majlis Keselamatan PBB.

“Perkembangan terbaru akan menjurus kepada lebih banyak keganasan di wilayah ini dan menjejaskan peluang untuk mencapai keamanan yang saksama,” tegasnya menerusi kenyataan dalam laman Facebooknya, hari ini.

Terangnya, Resolusi 497 yang diterima pakai pada 1981, menentang pendudukan Israel di Dataran Tinggi Golan hendaklah dihormati oleh semua pihak bagi menjamin keamanan dan ketenteraman wilayah yang menjadi pertikaian. (http://unscr.com/en/resolutions/497). – MediaUMNO

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79