Peranan Masyarakat Setempat Bentuk Komuniti Terbaik – Zaini Tiksun

LIBARAN, 12 Nov – Bendahari UMNO Libaran, Zaini Tiksun, percaya masyarakat setempat khususnya golongan muda memainkan peranan penting dalam membentuk komuniti yang terbaik dan harmoni.

Zaini yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila berkata, senario itu menggambarkan semangat kerjasama yang wujud dalam kalangan penduduk yang saling melengkapi antara satu sama lain.

Tambahnya, setiap lapisan masyarakat mempunyai peranan tersendiri dalam memastikan kesejahteraan komuniti, termasuklah penyertaan aktif anak muda yang menjadi penggerak kepada keharmonian setempat.

“Malam semalam saya berkesempatan santai bersama anak-anak muda di Kampung Nelayan Tengah, Batu 10 Sandakan.

“Suasana penuh mesra dan semangat kebersamaan ini bukti bahawa generasi muda sentiasa dekat di hati dan menjadi tunjang masa depan komuniti kita,” katanya kepada UMNO Online.

Beliau menegaskan, peranan masyarakat yang saling menyokong dan bekerjasama amat penting dalam menjayakan agenda pembangunan serta memperkukuh kesejahteraan kawasan Sungai Manila.

Pendekatan Zaini yang menekankan perpaduan komuniti dan penglibatan masyarakat setempat dilihat seiring dengan strategi Barisan Nasional (BN) yang mahu memperkukuh hubungan akar umbi serta memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO