SWP: Wanita UMNO Perkukuh Kerjasama Dengan Rakan Wanita MADANI – Dr Masliha

KUALA LUMPUR, 8 Sept – Pengerusi Sekretariat Wanita Profesional (SWP), Dr. Masliha Harun menzahirkan penghargaan kepada Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad kerana memberi ruang dan peluang kepada SWP untuk bersama-sama berkongsi pandangan dengan Sekolah Wanita (SWAN) Madani.

Menurutnya, sokongan berterusan daripada kepimpinan Wanita UMNO membuktikan komitmen dalam memperkasakan peranan wanita menerusi pelbagai lapangan.

“Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad kerana memberi peluang dan ruang kepada SWP untuk berkongsi idea bersama-sama wanita Madani.

“Selain itu juga, Sektetariat Wanita Profesional ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat wanita Madani yang sudi menjemput SWP, Wanita UMNO Malaysia untuk hadir ke seminar Madani dan mendengar forum ‘Dari Karisma ke Kuasa Perubahan’ bersama barisan panelis yang lain,” katanya kepada UMNO Online.

Pada masa yang sama Dr Masliha yang juga Exco Wanita UMNO turut merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek atas penganjuran program pemerkasaan wanita.

“Tahniah kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan khususnya kepada Pengetua SWAN (Sekolah Wanita Madani), Yong Bazilah selaku atas inisiatif program pemerkasaan wanita yang baik ini.

“Semoga segala perkongsian sepanjang seminar dan forum ini dapat dimanfaatkan bersama sekali gus menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh peranan wanita dalam membina masyarakat Madani yang lebih berdaya saing dan progresif,” jelasnya.

Katanya lagi, kerjasama erat ini bukan sahaja membuka ruang kepada perkongsian ilmu, malah turut memperkukuh jaringan strategik antara pemimpin wanita dari pelbagai sektor.

“Langkah tersebut penting bagi melahirkan kepimpinan wanita yang lebih berdaya saing, sekali gus membina masa depan negara yang lebih inklusif.” – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79