Beberapa Suspek Kes Buli Zara Qairina Akan Dituduh – AGC

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk menuduh beberapa suspek yang terbabit dalam kes bull pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir.

AGC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya telah meneliti kertas siasatan kes kematian Zara Qairina yang dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan telah membuat keputusan untuk menuduh beberapa suspek yang terlibat berdasarkan keterangan yang ada.

Keputusan untuk menuduh suspek bagi kesalahan buli dibuat memandangkan pertuduhan tersebut tidak akan mengganggu proses inkues yang akan dijalankan,” menurut kenyataan itu

AGC menegaskan bahawa tindakan menuduh suspek juga tidak akan menjejaskan siasatan yang masih dijalankan PDRM, termasuk prosiding inkues di mahkamah. – BERNAMA

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79