Ahli Parlimen Lenggong Sokong Penduduk Bantah Pembalakan Hutan Piah

LENGGONG, 17 Ogos – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menyatakan sokongan terhadap penduduk Kampung Bukit Sapi yang membantah aktiviti pembalakan di kawasan berhampiran kampung tersebut.

Menurut Shamsul Anuar, pembalakan di Kompartmen 196 dan 200, Hutan Simpan Piah, akan memberi kesan buruk kepada alam sekitar.

“Di Kg Bukit Sapi Lenggong saya ditemui oleh pimpinan Kg Bukit Sapi Lenggong. Isu yang dibangkitkan ialah berkaitan bantahan terhadap pembalakan di kawasan berhampiran Kg Bukit Sapo.

“Pembalakan di kawasan Hutan Piah akan menyebabkan kemusnahan hutan yang sangat bernilai, membawa pencemaran serta merosakkan alam sekitar. Maka, saya bersama penduduk Kampung Bukit Sapi memohon agar pembalakan ini dibatalkan,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Beliau turut menegaskan bahawa memandangkan Lenggong merupakan kawasan Geopark, kerajaan negeri wajar membatalkan semua kelulusan pembalakan di kawasan terbabit.

Program Mesra Rakyat Lenggong di Kampung Bukit Sapi  turut dihadiri  Penghulu Kanan Lenggong, Datuk Tarmizi Idris; Pegawai Khas Menteri Besar Perak (DUN Kenering), Pn. Rohaida Yaakob; serta Setiausaha UMNO Bahagian Lenggong.

Dalam majlis yang sama, Dr Shamsul  turut menyampaikan maklumat berkaitan pembangunan serta isu-isu semasa selain mengumumkan peruntukan RM100,000bagi menaik taraf Dewan Kampung Bukit Sapi. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79