Mohd Youzaimi Terus Khidmat Bakti, Santuni Masyarakat
KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Mersing, Mohd Youzaimi Yusof meneruskan khidmat bakti beliau di kawasan melalui ziarah kasih yang dilakukan.
Terbaharu, beliau berbesar hati menyantuni Jamilah Mohamad yang baharu sahaja diagnosis dengan minor strok.
Mohd Youzaimi memanfaatkan kunjungan tersebut dengan bertanya khabar di samping memberikan sumbangan atas tanda ingatan.
“Mak Cik Jamilah Mohamad kena minor strok, akibat darah terlampau tinggi. Baru sahaja keluar daripada wad hospital dan masih dalam keadaan yang tidak berapa stabil.
“Saya dan kawan-kawan datang menyantuni beliau dan mendoakan agar Mak Cik Jamilah diberikan kesembuhan yang cepat dan dipermudahkan Allah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Sementara itu, beliau turut sama berkunjung ke kediaman Zaliha Kasan Raji yang juga menghadapi minor strok sejak beberapa bulan yang lalu.
Disamping bertanya khabar, Mohd Youzaimi turut sama mendoakan agar Zaliha diberikan kesembuhan.
“Mak Cik Zaliha Kasan Raji kena minor strok sebelum bulan Ramadan yang lepas dan perlu membuat operation mata untuk mengganti kanta matanya. Mak Cik Zaliha tinggal bersama anaknya yang bekerja di kampung sahaja.
“Selesai di Kampung Air Merah, kami terus ke rumah Mak Cik Zaliha bagi menyantuni beliau dan beliau semasa sihatnya sangat rajin dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan juga politik.
“Kami semua mendoakan agar Mak Cik Zaliha diberi kesembuhan yang cepat dan dipermudahkan Allahm” ujar beliau. – UMNO Online