Mengapa KPM tidak berani bertegas seperti MARA? – Nurhidayu

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Negeri Selangor, Nurhidayu Ahmad Puzii menggesa agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan tegas dan melihat secara menyeluruh berhubung kes buli.

Menurutnya, kelemahan sistem sedia ada telah mengorbankan mangsa dan perkara itu tidak boleh dibiarkan berulang.

“Kita lihat hari ini kelemahan sistem telah mengorbankan adik Zara Qairina. Puteri UMNO Selangor gesa KPM bertegas dan mencontohi #YouTouchYouGo MARA dalam menangani Jenayah Buli.

“Puteri UMNO Selangor juga menuntut agar siasatan secara telus terhadap kes adik Zara Qairina dilakukan tanpa sebarang prejudis dan berat sebelah. Ini jaminan keselamatan terhadap anak-anak kita di sekolah,” katanya.

Pada 16 Julai lalu, Zara Qairina, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, ditemui ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama pada jam 4 pagi.

Pelajar itu disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79