BN Tonggak Kestabilan Politik, Pembangunan Negara – Nurul Amal

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi menyifatkan Barisan Nasional (BN) sejak penubuhannya pada tahun 1974 menjadi tonggak kestabilan politik dan pembangunan negara.

Beliau berkata ia dilakukan BN dengan membawa bersama gabungan pelbagai parti berteraskan prinsip kerjasama antara kaum, toleransi dan perkongsian kuasa.

“Selama lebih setengah abad, BN kekal teguh sebagai simbol perpaduan, kestabilan dan kemajuan.

“Mengharungi pelbagai cabaran politik serta perubahan zaman dengan semangat juang yang tidak pernah luntur,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Nurul Amal yang juga Pengerusi Puteri BN dalam pada itu menyifatkan ulang tahun ke-51 ini bukan sekadar meraikan angka tetapi menjadi satu detik bersejarah.

“Mengenang segala cabaran, pencapaian dan pengorbanan dalam usaha membina sebuah Malaysia yang bersatu, aman dan makmur,” ujar beliau. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79