Nahas FRU: Waris Mangsa Akan Diberikan Kaunseling Berterusan – Noraini
IPOH, 20 Mei – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus memberi bantuan sokongan emosi kepada sembilan waris anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampom Teluk Intan.
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia menawarkan bantuan kounseling pada bila-bila masa untuk keluarga mangsa.
“JKM sejak awal lagi sudah berada di lapangan memberi bantuan dari segi kounseling untuk mendampingi mereka dan keluarga malah bantuan kewangan awal juga telah disampaikan sebelum ini.
“Setakat ini, hasil dapatan yang kita terima daripada kounseling, keluarga waris menunjukkan perkembangan posist,” katanya kepada pemberita selepas menziarah keluarga mangsa di FRU Unit 5 Sungai Senam di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Jenny Choi Tsi Jen dan Ahi Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuon How.
Noraini berkata kementerian turut bersedia menyalurkan sebarang bentuk keperluan sekiranya diperlukan.
“Begitu juga ahli keluarga yang cedera dan waris yang masih berada di hospital kita tidak lupakan, sudah ada kounselor ditempatkan untuk adakan lawatan dan ia tidak akan terhenti setakat ini sahaja selagi mana perlu ada perjumpaan tersebut (kauseling) ia terus dilaksanakan,” katanya.
Terdahulu, Noraini melalui Yayasan Kebajikan Negara menyumbang bantuan Skim Pemberian Ehsan Kepada Keluarga Mangsa (PEKA YKN) berjumlah RM, 000, kepada waris mangsa.
Nahas jalan raya yang berlaku pada 13 Mei lepas yang membabitkan pertembungan trak FRU dengan lori membawa muatan batu itu turut menyebabkan lima anggota FRU cedera parah manakala empat lagi cedera ringan.
Kenderaan dinaiki 18 anggota termasuk pemandu itu dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai melaksanakan penugasan di bawah Op Chariot di Menara Condong Teluk Intan. – BERNAMA