‘Pray 4’ Petani Tebing Tembah
ZALIM adalah kata lawan kepada Adil.
Adil dituntut Islam. Zalim ditentang Islam. Adil adalah meletakkan sesuatu di tempat yang HAKNYA. Zalim adalah mencabut yang Adil.
Kenapa Zalim? kerana kerajaan ada ‘OPTION’ untuk 600 org peserta baru ini di Bandar Baru Durian Mentangau. Saya gerenti bukan setakat 600 orang tapi 6,000 orang lagi dapat manfaat di kawasan tersebut.
Keluasan Bandar baharu ni 751 hektar. Kawasan perumahan tersedia, hanya 10 minit daripada Kg Tebing Tembah. Jadi, bukankah ia lebih baik dari tanah pertanian?
96 orang petani ini tidak pernah memaksa untuk memiliki tanah. Mereka hanya ingin mencari sesuap nasi di kawasan tersebut. Ada ibu tunggal, ada anak yatim.
Nasib hidup harian keluarga mereka sangat bergantung kepada hasil kelapa ini. Ini adalah sumber pencarian ekonomi mereka. Hampir 20 tahun mereka mengusahakannya.
Kalau ikut formula matematik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, 96 vs 600, memang kalah 96. Kalah sebab Yang Berhormat (YB) cari jalan pintas untuk memenuhi janji politik.
Kita berpolitik untuk kesejahteraan rakyat bukan kepentingan survival diri.
Maka, saya menuntut, YB Paka untuk menarik balik keputusan yang zalim ini sebelum terlambat.