TPM Ucap Selamat Menyambut Thaipusam
KUALA LUMPUR, 10 Feb – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini mengucapkan selamat menyambut Thaipusam kepada semua penganut Hindu yang akan meraikannya esok.
Menerusi catatan di Facebook, Ahmad Zahid berkata Malaysia kaya dengan kepelbagaian, dengan masyarakat berbilang kaum dan agama hidup dalam semangat keharmonian serta saling menghormati dan menerima perbezaan sebagai kekuatan bersama.
“Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Thaipusam kepada seluruh penganut Hindu di seluruh negara.
“Marilah kita terus memperkukuh perpaduan dan menghormati kepelbagaian yang menjadi tunjang kepada keharmonian negara,” Kata Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu.
Ahmad Zahid Berkata, Thaipusam merupakan antara salah satu upacara keagamaan bagi penganut agama Hindu di seluruh dunia dan diraikan pada bulan ‘Thai’, iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Tamil. – BERNAMA