Titah Addendum Perlu Dilaksanakan SEGERA!
📌Mengikut kes-kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Malaysia sebelum ini. Mahkamah tidak boleh mengganggu kuasa Titah pengampunan banduan oleh Baginda YDPA.
📌Tiada keperluan untuk Mahkamah untuk masuk campur mengesahkan sama ada proses titah ini sah atau tidak kerana ia merupakan kuasa mutlak YDPA di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
📌 Sebagai ahli biasa UMNO, menyalahkan mana-mana pihak sama ada pihak Peguam Negara, bekas peguam negara, Menteri-Menteri atau Perdana Menteri sekali pun bagi saya ia adalah satu tindakan buang masa.
📌 Seperti yang dititahkan oleh Baginda YDPA di dalam Addendum, keluarkan DSNR dari penjara Kajang dan letakkan beliau segera di bawah tahanan rumah.
📌 Saya berharap Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dapat menyegerakan perbicaraan kes Semakan Kehakiman DSNR ini secepat yang mungkin.
Adzly Ab Manas
Aktivis Hak Asasi Manusia
Peguambela Peguamcara
*Juga Kapasiti sebagai – Ahli UMNO
Cawangan Rumah Pangsa Fasa 2,
UMNO Bahagian Sungai Buloh.