Sekolah Politik UMNO: Langkah Kritikal Demi Masa Depan Parti
PADA 22 November yang lalu, saya berdiri di hadapan sekumpulan anak muda Melayu bersama Pergerakan Pemuda UMNO Selayang untuk melaksanakan siri pertama ๐ฆ๐ฒ๐ธ๐ผ๐น๐ฎ๐ต ๐ฃ๐ผ๐น๐ถ๐๐ถ๐ธ ๐ฃ๐ฒ๐บ๐๐ฑ๐ฎ ๐จ๐ ๐ก๐ข ๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด. Ia bukan sekadar program, tetapi satu usaha kecil yang lahir dari rasa tanggungjawab untuk melihat UMNO bangkit semula.
Beberapa hari kemudian, pada 25 November, Majlis Kerja Tertinggi UMNO membuat keputusan penting โ untuk memulakan Sekolah Politik UMNO di peringkat nasional pada awal tahun hadapan. Keputusan ini bagi saya adalah satu sinar harapan. Walaupun mungkin ada yang berpendapat kita sudah agak terlambat, saya percaya usaha ini belum terlambat. Kita masih ada ruang untuk melangkah lebih jauh jika benar-benar komited.
Kenapa Sekolah Politik Penting?
Saya melihat dua aspek utama yang tidak boleh dipisahkan daripada usaha ini: ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐ฑ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ป dan ๐ฝ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ถ๐ฑ๐ฒ๐ผ๐น๐ผ๐ด๐ถ.
๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐ฑ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ป adalah proses membentuk ahli, bukan hanya dari segi kefahaman politik tetapi juga karakter, nilai, dan komitmen. Ia adalah tarbiyyah yang membangunkan peribadi ahli agar selari dengan ideologi parti. Saya sendiri pernah melalui proses ini. Ketika muda, saya diajar untuk memahami apa yang UMNO perjuangkan, apa yang membuatkan parti ini relevan, dan kenapa saya perlu menjadi sebahagian daripadanya.
Manakala ๐ฝ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ถ๐ฑ๐ฒ๐ผ๐น๐ผ๐ด๐ถ adalah usaha untuk memastikan rakyat umum memahami, malah mendukung perjuangan UMNO, walaupun mereka bukan ahli parti. Ini adalah cabaran besar, lebih-lebih lagi dalam dunia hari ini di mana persepsi mudah terbentuk tetapi sukar diubah.
Konsistensi Adalah Kunci
Sekolah Politik tidak boleh menjadi satu program bermusim atau dilaksanakan hanya apabila pilihan raya semakin dekat. ๐๐ฎ ๐บ๐ฒ๐๐๐ถ ๐ธ๐ผ๐ป๐๐ถ๐๐๐ฒ๐ป, ๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ฐ๐ฎ๐ป๐ด, ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ฝ๐ฎ๐ป๐ฑ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐บ๐ผ๐ฑ๐๐น ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐น๐๐ฟ๐๐ต. Program ini juga harus dilaksanakan di bawah seliaan pusat supaya keberkesanannya dapat diukur dan ditambah baik dari semasa ke semasa.
Sebagai sebuah parti yang mendukung perjuangan orang Melayu, ๐ธ๐๐บ๐ฝ๐๐น๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ฟ ๐๐๐ฎ๐บ๐ฎ ๐ฆ๐ฒ๐ธ๐ผ๐น๐ฎ๐ต ๐ฃ๐ผ๐น๐ถ๐๐ถ๐ธ ๐ถ๐ป๐ถ ๐ต๐ฎ๐ฟ๐๐๐น๐ฎ๐ต ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ธ ๐บ๐๐ฑ๐ฎ ๐ ๐ฒ๐น๐ฎ๐๐. Generasi ini bukan sahaja bakal mewarisi UMNO, tetapi juga tanggungjawab menjaga negara. Kita perlu mendekati mereka dengan cara yang relevan โ menggunakan bahasa yang mereka fahami dan pendekatan yang mereka selesa.
Pengalaman Peribadi Saya
Dengan 15 tahun pengalaman sebagai fasilitator dan penceramah Biro Tatanegara (BTN), saya memahami betapa pentingnya pengisian dan penyampaian yang berkesan dalam program seperti ini. Saya pernah berdiri di hadapan ribuan peserta, berkongsi tentang patriotisme, kepimpinan, dan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Sudah masanya kita kembali membawa kefahaman umat Melayu untuk melihat ๐จ๐ ๐ก๐ข ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ด๐ฎ๐ถ ๐ถ๐ป๐๐๐ถ๐๐๐๐ถ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐บ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐๐ฎ ๐ ๐ฒ๐น๐ฎ๐๐ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ด๐ฎ๐บ๐ฎ ๐๐๐น๐ฎ๐บ.
UMNO kini berada di persimpangan. Kita boleh memilih untuk terus menunggu sehingga keadaan menjadi lebih buruk, atau kita boleh memilih untuk bertindak sekarang. Saya memilih untuk bertindak. Saya memilih untuk berusaha memastikan UMNO terus relevan dan dihormati, bukan hanya untuk hari ini tetapi untuk generasi akan datang.
Sekolah Politik UMNO adalah satu langkah penting ke arah itu. Saya percaya kita mampu menjadikannya kenyataan, dengan syarat kita semua bersatu hati, komited, dan ikhlas dalam perjuangan ini.
Sebagai seorang ahli biasa yang cintakan parti, saya ingin melihat UMNO kembali ke puncaknya. Saya tahu anda juga ingin melihat perkara yang sama. Jadi, ayuh kita mulakan langkah ini bersama-sama.
Salam Perjuangan,
๐ ๐ข๐๐ ๐ฆ๐๐จ๐๐ฅ๐ฌ ๐๐๐ก ๐ฅ๐ข๐ฆ๐๐๐ก
penulis ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฉ ๐๐ฆ๐ต๐ถ๐ข ๐๐ฆ๐ฏ๐ฆ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐๐๐๐ ๐๐ข๐ฉ๐ข๐จ๐ช๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ญ๐ข๐บ๐ข๐ฏ๐จ.
๐๐ข๐ฏ๐ต๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ค๐ฆ๐ณ๐ข๐ฎ๐ข๐ฉ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฏ๐ข๐จ๐ข ๐๐ฆ๐ฏ๐จ๐จ๐ฆ๐ณ๐ข๐ฌ ๐๐ช๐ณ๐ฐ ๐๐ข๐ต๐ข๐ฏ๐ฆ๐จ๐ข๐ณ๐ข. ๐๐ฌ๐ต๐ช๐ท๐ช๐ด ๐ด๐ฆ๐ณ๐ต๐ข ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ค๐ฆ๐ณ๐ข๐ฎ๐ข๐ฉ ๐ฃ๐ฆ๐ฃ๐ข๐ด ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ญ๐ช๐ต๐ฆ๐ณ๐ข๐ด๐ช ๐ฑ๐ฐ๐ญ๐ช๐ต๐ช๐ฌ, ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ญ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ข๐จ๐ข๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฏ๐ข๐ด๐ช๐ฐ๐ฏ๐ข๐ญ๐ช๐ด๐ฎ๐ฆ