Projek Mitigasi Banjir Di Dusun Tua Perlu Segera Dilaksanakan – Johan

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz berharap projek mitigasi banjir segera dilaksanakan kerajaan negeri bagi menangani banjir yang acap kali berlaku.

Menurut beliau ini kerana ia perlu mengambil kira impak jangka masa panjang bagi mengelakkan bencana alam ini terjadi secara berterusan.

“Saya berharap agar pelaksanaan projek mitigasi banjir ini dapat dilakukan dengan segera, berkesan dan menyeluruh, termasuk mengambil kira penyelesaian jangka panjang yang lestari untuk mengurangkan risiko banjir di masa hadapan,” katanya menerusi sau hantaran di Facebook.

Johan yang Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO turut berkongsi petikan video di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menyatakan kebimbangan beliau berkenaan projek tersebut yang dijangka hanya akan dijalankan pada pertengahan tahun hadapan.

Beliau dalam pada itu turut berharap strategi lain dilakukan termasuk bagi mengurangkan risiko banjir berterusan.

“Minggu lepas kita ada adakan mesyuarat dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)dan agensi kerajaan di daerah Hulu Langat tentang projek ini tapi dipahamkan yang Persekutuan budget RM512 juta ini cuma boleh bermula antara Jun tahun yang hadapan.

“Pertanyaan saya waktu sekarang ini cukup kritikal kerana pasir sungai sudah mula cetek. Ada tak usaha kerajaan negeri supaya mengeluarkan sikit budget atau melantik agensi supaya dapat mengeluarkan pasir sungai ini,” ujar beliau.

Menjawab kepada isu tersebut, Exco Pertanian dan Infrastruktur Selangor, Ir. Izham Hashim memaklumkan, Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) telah memperuntukkan RM21.5 Juta melibatkan tiga projek mitigasi banjir di DUN Dusun Tua.

Projek pertama adalah menaiktaraf sistem saliran Batu 16, Kampung Dusun Tua, Mukim Hulu Langat yang bernilai RM9 Juta yang mana akan mula ditender dalam tempoh terdekat. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.