Politik Khidmat Bakti Syed Hussien Berterusan Untuk Rakyat Mahkota
KUALA LUMPUR, 12 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah meneruskan khidmat bakti beliau dengan rakyat di kawasan dengan menyantuni mereka.
Memulakan hari dengan bertemu dengan penduduk sekitar ketika bersarapan, beliau seterusnya bersama Superbikers Association Malaysia (SAM) bagi Program Jelajah Silaturrahim.
“Saya berpeluang bersarapan bersama masyarakat di ‘warong roti canai kari ceker’ yang terletak di jalan Md Salim Kampung Melayu.
“Pada tengahari pula, terus ke cabin batu untuk bertemu bikers dari SAM Johor dan Kluang Easy Biker bagi Program Jelajah Silaturrahim pada masa sama mendapat pemergian ketua marshall yang meninggal dalam kemalangan ketika dalam perjalanan dari Segamat ke Kluang, semoga roh arwah ditempatkan bersama orang yang beriman,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Syed Hussien yang juga Ketua Pemuda UMNO Kluang kemudiannya bertemu Ketua MIC Kluang G Raman bagi membincangkan berkenaan perjumpaan santai Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sri Kluang bagi membincangkan penambahbaikan beberapa isu.
Pada pertemuaan tersebut beliau menyentuh berkenaan kepentingan membentuk generasi mampan dengan adanya inisiatif kerajaan terutama membabitkan anak muda.
“Saya sentiasa konsisten menekankan mengenai pentingnya peranan setiap pihak bagi membentuk generasi yang lebih mampan dengan adanya pakej-pakej dari kerajaan antaranya memperkasakan agenda TVET dikalangan orang muda bagi memenuhi permintaan industri yang bakal berpusat di negara dan Johor,” ujar beliau. – UMNO Online