Kes 1MDB: Najib Razak Sedia Pembelaan 25 Pertuduhan

KEPUTUSAN Mahkamah pada minggu lalu menyaksikan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (DSNR) telah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur untuk beliau membela diri di dalam empat pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 21 pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pengubahan Wang Haram atau AMLATFA.

YA Hakim mendapati bahawa pihak pendakwa raya telah berjaya membuktikan terdapatnya kes Prima Facie diperingkat kes pendakwaan.

YA Hakim Collin Lawrence Sequerah telah menyatakan didalam sejumlah 41 muka surat keputusan ringkas beliau bahawa pihak pendakwa raya telah berjaya membuktikan kesemua elemen yang dikendaki undang-undang untuk 25 pertuduhan terhadap DSNR.

Respon saya adalah seperti berikut:
1. Sebagai peguam litigasi jenayah saya berpendapat bahawa DSNR dan pasukan peguam beliau perlu bersedia dengan amat teliti dalam persedian untuk membela diri DSNR bagi mengelakkan beliau didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara dan denda sepertimana yang berlaku pada kes SRC.

2. DSNR perlu menyediakan dirinya dan saksi-saksi pembelaan yang akan dipanggil memberi keterangan dikandang saksi dengan bukti-bukti yang menjurus kepada adanya ‘keraguan’ terhadap kesemua kes pendakwaan, (4 pertuduhan di bawah Akta SPRM dan 21 Pertuduhan di bawah AMLATFA).

3. Segala keterangan DSNR serta saksi-saksi pembelaan perlulah ‘credible’ diterima dan dipercayai oleh YA Hakim mengikut undang-undang jenayah.

4. Keterangan-keterangan saksi-saksi pembelaan ini berjaya mematahkan segara keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan dengan menjurus kepada bahawa DSNR telah ditipu oleh Jho Low serta pengikut-pengikutnya termasuk mereka yang menjadi saksi-saksi pendakwaan didalam kes ini.

5. Pasukan peguam DSNR yang diketuai oleh Peguam Tan Sri Shafee Abdullah perlu menyakinkan YA Hakim bahawa pihak penyiasat SPRM telah gagal menyiasat secara keseluruhan yang menjurus kepada ketulenan bukti-bukti dokumentasi yang telah diterima Mahkamah di bawah Seksyen 41A Akta SPRM yang mana seksyen akta ini telah mengambil alih proviso dibawah Chapter VA Akta keterangan atau dikenali sebagai ‘a non obstance clause’.

6. DSNR perlu membuktikan kepada Mahkamah bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa kepentingan peribadi terhadap 1MDB antaranya:
                     a. Dalam tindakan pinjaman RM1 Billion 1MDB Petrol Saudi dari satu account Riyadh Bank di Saudi.

                    b. Pembelian IPP Tanjung dan Mastik dimana dikatakan bahawa ia telah dinilai lebih tinggi dari harga semasa. Siapa pula yang telah menasihati DSNR didalam pengisuan Bond sejumlah USD 1.75 Billion oleh Bank of NY Mellon dan dikreditkan kedalam account 1M’sia Energy (Langat) limited yang saya syak tidak didaftarkan di Malaysia dan siapa pula yang menguruskan syarikat ini harus dipanggil sebagai saksi pendakwaan.

                   c. DSNR perlu menyakinkan mahkamah bahawa beliau telah diberi salah nasihat dan diperdaya oleh Jho Low didalam terjalinnya perjanjian usahasama antara 1MDB dan Aabar dimana IPIC merupakan penjamin kepada Aabars Investment.

                  d. Bahawa DSNR telah ditipu oleh Jho Low dan pasukannya untuk menyakinkan DSNR memohon dua perjanjian pinjaman dari Deutsche Bank HK sejumlah USD 250,000,00.00 dan USD300,000,00.

7. Team Pasukan Peguam DSNR juga perlu mencari autoriti terkini undang-undang terhadap isu penerimaan keterangan ‘hearsay’ sebagai keterangan yang boleh diterima oleh hakim dalam kes ini sama ada diri Malaysia atau dari negara-negara Commonwealth terutamanya Mahkamah dari United Kingdom, Australia, New Zealand, Africa dan India.

8. DSNR juga perlu mencabar anggapan bersalah dibawah Seksyen 23(2) Akta SPRM bahawa beliau sebenarnya tidak bersalah terhadap perbuatan-perbuatan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram ini dengan menunjukkan bukti-bukti keterangan beliau dikandang saksi dihadapan YA Hakim Mahkamah.

9. Beliau perlu membawa saksi-saksi yang credible dari Ambank yang boleh membuktikan bahawa DSNR tidak mengawal account-account AmIslamic Bank secara terus dan harus consistent dalam keterangan beliau bahawa duit yang ada dalam account bank ini adalah dari derma Arab Saudi. Saksi-saksi credible dari Arab Saudi adalah sangat dialu-alukan jika ada.

10. Isu berkenaan surat dari Saudi yang dikata disediakan oleh Jho Low membuktikan bahawa DSNR telah ditipu oleh beliau.

Adakah tindakan membela diri ini merupakan platform DSNR untuk membuktikan beliau benar tidak bersalah ?

Jawapan saya adalah benar. Namun, dengan syarat-syarat bahawa beliau mempunyai bukti-bukti keterangan yang diterima undang-undang dan ia dapat menyakinkan YA Hakim bahawa beliau tidak bersalah.

Hak untuk membela diri didalam falsafah undang-undang merupakan satu bentuk keadilan di bawah sistem keadilan di Malaysia.

Hakim diberi tanggungjawab undang-undang untuk mendengar segala keterangan dari pihak pembelaan serta memberi peluang menyakinkan Hakim bahawa terdapat ‘keraguan’ terhadap Kes pihak pendakwaan.

Bagi saya ia bukan satu usaha yang mudah semasa pembicaraan membela diri Mahkamah nanti. DSNR perlu kuat dari segi mental dalam persediaan sebagai saksi pembelaan utama nanti.

Saya mendoakan DSNR dan Team Peguam beliau dapat menjalankan tugas mereka dengan baik dan cemerlang nanti.

Semoga keadilan dan kemenangan dipihak DSNR. Insya Allah.






 

 

 

 

 

Adzly Ab Manas
Peguambela Peguam Cara Tetuan Adzly & Co. Petaling Jaya
AJK UMNO Bahagian Sungai Buloh

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit