SUA Sifatkan UMNO Sabah Komited Bela Nasib Rakyat, Perjuangan Hak-hak Bumiputera

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan pimpinan dan keseluruhan jentera UMNO Sabah dilihat kekal komited dalam membela nasib rakyat di negeri ini.

Menurut beliau, ia dibuktikan dengan kesungguhan dilakukan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang menggerakkan kekuatan jentera demi melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan demi memastikan kesejahteraan rakyat.

“Di bawah kepimpinan Datuk Seri Moktar, UMNO Sabah tetap fokus dalam gerak kerja untuk membantu rakyat, meneruskan tradisi membela nasib rakyat Sabah dan memperjuangkan hak-hak bumiputera Sabah.

“Insya-Allah, kita akan terus komited menjadi parti yang rapat dengan hati rakyat, mendengar denyut nadi mereka dan merealisasikan harapan rakyat demi kesejahteraan bersama,” katanya.

Asyraf berkata demikian pada hantaran di Facebook yang berkongsi keterujaan beliau ke negeri di bawah bayu itu bersempena pertemuan bersama pimpinan UMNO Bahagian-Bahagian seluruh Sabah di Bangunan UMNO negeri.

Turut hadir Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; timbalannya, Datuk Abdul Rahman Dahlan serta kepimpinan lain.

“Teruja dengan semangat yang ditunjukkan oleh semua yang hadir memenuhi dewan pada hari ini yang terus membawa panji parti keramat UMNO ini,” ujar beliau. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.