Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 Tumpu Ekonomi, Pekerjaan, Keusahawanan – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 memberikan tumpuan kepada ekonomi, pekerjaan dan keusahawanan agar belia Malaysia memiliki peluang yang adil.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 ini turut menjadi dokumen dasar untuk memperkasa taraf hidup anak muda negara.

“Majlis Peluncuran Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 dan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia di Parlimen Malaysia.

“Ini adalah satu langkah strategik untuk memastikan belia Malaysia memiliki peluang yang adil dalam bidang ekonomi, pekerjaan, dan keusahawanan.

“Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 merupakan dokumen dasar untuk memperkasakan sosioekonomi belia hingga tahun 2030,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya semalam.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK ke-12) telah menggariskan keperluan sebuah pelan kebangsaan mengenai pemerkasaan ekonomi belia.

“Dokumen ini menjadi panduan kepada pemegang taruh pembangunan belia untuk melaksanakan inisiatif dalam menangani isu dan cabaran sosioekonomi belia.

“Kerajaan melalui RMK ke-12 telah menggariskan keperluan sebuah pelan kebangsaan mengenai pemerkasaan ekonomi belia.

“Selain itu, Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK ke-12 juga memfokuskan tentang penyerlahan potensi dan kesejahteraan hidup belia, menerusi sebuah pelan kebangsaan pemerkasaan ekonomi belia,” katanya. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.