Komitmen Johor Merintis Peluang Antarabangsa Demi Kemakmuran Dan Kemajuan Negeri – Onn Hafiz

JOHOR, 1 Nov – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menegaskan komitmen Negeri Johor dalam merintis peluang antarabangsa sebagai langkah strategik untuk mencapai kemakmuran dan kemajuan yang berterusan sentiasa dilaksana.

Dalam lawatan kerjanya ke Busan, Korea, bersama delegasi Johor, beliau menekankan pentingnya kolaborasi dengan pelbagai pihak untuk mengukuhkan kedudukan negeri terbabit di pentas global.

Maklumnya, lawatan tersebut dimulakan dengan kunjungan ke Kiswire, syarikat peneraju industri keluli yang beroperasi di Johor sejak tahun 1996 dan pertemuan ini membincangkan potensi pengembangan perniagaan sertakerjasama strategik yang mampu memperluas pasaran, sekaligus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri.

Selain itu katanya, pertemuan dengan Datuk Bandar Busan juga menjadi langkah penting dalam merangka kolaborasi antara Johor dan Busan.

“Kerjasama ini diharapkan dapat membantu menjadikan Johor Bahru sebagai bandar pintar menjelang tahun 2030.”

Ujarnya, lawatan diakhiri dengan kunjungan ke Pelabuhan Busan, hab logistik terbesar di Asia Timur Laut dan pengalaman yang diperoleh dari pengurusan logistik dan perdagangan antarabangsa ini dijangka meningkatkan daya saing pelabuhan Johor.

“Semua inisiatif ini mencerminkan komitmen Johor dalam merintis peluang antarabangsa demi kemakmuran dan kemajuan masa depan yang lebih gemilang untuk negeri yang kita cintai.

“Semoga segala usaha ini akan membuahkan hasil yang bermakna untuk negeri Johor sekaligus menjadikan Johor sebagai sebuah kuasa ekonomi yang berdaya saing di peringkat antarabangsa, insya-Allah,” katanya lagi.

Terdahulu Onn Hafiz telah mengetuai delegasi seramai 13 orang dari Kerajaan Negeri Johor dengan mengadakan lawatan kerja selama empat hari ke Korea yang berakhir semalam. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.