Azalina Ucap Selamat Hari Deepavali, Seru Perpaduan Dalam Masyarakat Majmuk


KUALA LUMPUR, 31 Okt – Ketua Penerangan UMNO, Azalina Othman Said, mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua masyarakat Malaysia yang beragama Hindu yang menyambutnya pada hari ini.

Dalam ucapannya, Azalina berharap agar sambutan Deepavali tahun ini membawa sinar kebahagiaan kepada ahli keluarga, saudara mara, jiran tetangga, dan sahabat handai.

“Ambillah peluang perayaan sebegini untuk kita saling kunjung-mengunjungi tanpa mengira latar bangsa dan kepercayaan bagi menyemarakkan semangat perpaduan yang telah lama terjalin antara kita dalam masyarakat majmuk rakyat Malaysia,” ujarnya.

Deepavali atau pesta cahaya disambut penganut Hindu hari ini. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.