Program Latihan Kemahiran Peluang Tingkatkan Ekonomi Masyarakat – Rozabil
KUALA LUMPUR, 31 Okt – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Datuk Rozabil Abd Rahman menyambut baik penganjuran program-program peningkatan kemahiran dalam kalangan masyarakat.
Menurut beliau melalui program seumpama ini ia membuka peluang kepada mereka untuk menjana ekonomi tempatan.
Beliau berkata demikian menerusi perkongsian kehadirannya ke Program Pemerkasaan Wanita Luar Biasa anjuran Wanita UMNO Bahagian Arau yang diadakan baru-baru ini.
“Alhamdulillah, berkesempatan untuk menghadiri Program Pemerkasaan Wanita Luar Biasa anjuran Wanita UMNO Bahagian Arau di Sanglang.
“Program ini memberi peluang kepada kaum wanita untuk mengikuti kursus penghasilan makanan yang disediakan oleh Kolej Komuniti Arau.
“Tahniah kepada Wanita UMNO Arau di atas kelancaran penganjuran. Ribuan terima kasih diucapkan kepada @officialkkarau kerana sudi bersama-sama menjayakan program berkenaan,” katanya.
Rozabil yang juga Ketua UMNO Bahagian Arau turut sama berharap para peserta dapat memanfaatkan ilmu penghasilan makanan ini untuk menceburi dan menerokai peluang-peluang perniagaan yang berkaitan.
“Saya juga berharap agar program seperti ini dapat diperbanyak dan diperhebatkan lagi agar ekonomi Wanita di Perlis, khususnya Arau dapat terus diperkasa,” ujar beliau. – UMNO Online