Bajet 2025: Bukti Komitmen Kerajaan Perkasa TVET, Hadapi Cabaran Industri Masa Hadapan – Manndzri

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib berpandangan peningkatan peruntukan sebanyak RM7.5 bilion berbanding RM6.8 bilion tahun lalu satu sebagai komitmen jelas kerajaan dalam memperkukuh pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menyifatkan sebagai game changer, beliau berkata ia sebagai pemacu utama dalam melahirkan generasi muda bagi mempersiap tenaga kerja mahir tempatan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing untuk menghadapi cabaran industri masa hadapan.

“Peruntukan untuk TVET perlu memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran, kecekapan tenaga pengajar.

“Gabungan kajian kes di lapangan sebenar, pengalaman praktikal ke dalam kurikulum dan bagi membantu tenaga pengajar TVET menunjukkan kepentingan kecekapan tenaga dalam tetapan teknikal dan vokasional yang berbeza.

“Ini akan juga akan membekalkan pendidik TVET dengan kemahiran kecekapan tenaga lanjutan dan termaju, Kerajaan perlu pastikan generasi akan datang bersedia menangani cabaran pemampanan tenaga yang semakin meningkat dalam tenaga kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan rang undang-undang (RUU) Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata elemen lain yang turut sama memberi kepentingan ialah pemetaan pensijilan profesional antarabangsa dengan pensijilan kebangsaan.

“Menurut beliau ini kerana ia penting untuk memupuk pendekatan yang padu piawai kepada pembangunan dn pengiktirafan profesional.

“Dengan mengiktiraf dan mengesahkan kesetaraan pensijilan antarabangsa dan piawaian kebangsaan profesional boleh meningkatkan mobility, kredibiliti, kebolehpasaran dalam pasaran kerja yang kompetitif dan telah tiba masanya sistem TVET Malaysia melahirkan profesional yang menerima manfaat,” ujar beliau. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.