Rakyat Boleh Menilai Mana Lebih Baik, Bajet Kerajaan Atau Bajet Bayangan

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Akmal Saleh berkata rakyat boleh menilai mana yang lebih baik antara bajet yang dibentangkan oleh kerajaan dan juga bajet bayangan pembangkang.

Dalam satu hantaran di Facebook, Dr Akmal mengulas mengenai kenyataan pembangkang yang hanya ambil peranan semak dan imbang dan tidak mahu mengadakan bajet bayangan.

“Memang benar tanggungjawab menyediakan bajet adalah tanggungjawab kerajaan.

“Tetapi rakyat juga nak menilai alternatif bajet yang boleh diberikan oleh pembangkang, supaya rakyat boleh menilai dengan sendiri mana yang lebih baik atau tidak,” katanya.

Tambah Dr Akmal lagi, jika sekalipun hanya mahu semak dan imbang, Perikatan Nasional (PN) perlu tampil dengan cadangan bukan sekadar membangkang kosong.

“Bila nak semak imbang, patutnya tunjukkan kita ada cadangan yang lebih baik, bukan hentam tetapi tiada cadangan lain.

“Melainkan memang pihak PN tidak ada alternatif, maka kekallah dengan mentaliti begini. Ingin kekal jadi pembangkang kosong selamanya.

“Lemah! Rakyat memerhati, rakyat menilai,” tegasnya. – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.