Keprihatinan Kepimpinan Kerajaan Melaka Langkau Pelbagai Kaum – Rais

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Keprihatinan kerajaan negeri Melaka di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh melangkaui pelbagai masyarakat dan latar belakang dengan pelbagai program untuk rakyat negeri berkenaan.

Perkara itu dapat dilihat menerusi sumbangan sempena perayaan Deepavali yang akan disambut oleh masyarakat India pada minggu depan dan inilah yang membuktikan kerajaan hari ini peka dengan masyarakat setempat.

Exco Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Rais Yasin menerusi perkongsian di Facebooknya berkata Program Penyampaian Sumbangan Perayaan Deepavali Tahun 2024 Negeri Melaka yang berlangsung semalam adalah bukti keprihatinan kerajaan Melaka terhadap seluruh rakyat.

“Semalam saya hadir merasmikan Program Penyampaian Sumbangan Perayaan Deepavali  Tahun 2024 Negeri Melaka Peringkat Parlimen Tangga Batu di Dewan Japerun, Klebang. Tahniah diucapkan kepada 140 orang penerima sumbangan perayaan Deepavali yang meliputi 4 DUN di bawah Parlimen Tangga Batu. Saya difahamkan terdapat hampir 35 orang penerima bagi setiap DUN dan melibatkan kos sebanyak RM28,000.

“Program sebegini jelas menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Melaka di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka yang sangat cakna dan mengambil berat tentang nasib rakyat berbilang kaum di Melaka,” katanya.

Kata beliau lagi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, adalah diharapkan sumbangan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat memberikan kegembiraan kepada penerima sumbangan.

“Diharapkan bantuan ini bakal memberikan suntikan kegembiraan kepada rakan-rakan beragama Hindu yang akan menyambut perayaan Deepavali tidak lama lagi,” ujarnya.

Hadir sama pada program berkenaa Datuk Lim Ban Hong, ADUN Klebang, Puan Tuminah Hashim, ADUN Pantai Kundor dan Puan Hajah Halyjah, Pengarah Kebajikan Masyarakat Melaka. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.