Syed Hussien Terus Khidmat Bakti Untuk Mahkota, Santuni Anak Muda Dan Peniaga

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Ahli Dewan Undangan Negeri Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah terus melaksanakan gerak kerja sebaiknya dalam menyampaikan aspirasi beliau kepada rakyat.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Kluang menerusi laman Facebook berkongsi pergerakannya dalam menyantuni rakyat dan akar umbi parti melalui pelbagai program dan pengisian.

Melalui perkongsiannya beliau menghadiri mesyuarat UMNO Bahagian Kluang yang pertama kali diadakan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota dan bersantai bersama anak muda melalui siaran laman sosial Tiktok.

“Saya menghadiri mesyuarat UMNO Bahagian Kluang sejak PRK Mahkota, suasana sangat ceria dan bersemangat untuk terus memberi khidmat bakti buat warga Kluang.

“Usai bermesyuarat, saya di undang ke siaran langsung Tiktok oleh sahabat saya Zamri Zainal bersama rakan-rakan Tiktok sekitar Wilayah Persekutuan bagi berkongsikan sedikit pendapat yang dekat dihati anak muda.

“Semoga perkongsian yang tidak seberapa ini dapat memberi manfaat buat semua,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Sementara itu menerusi perkongsian berlainan, Syed Hussien turut sama menyertai ramah mesra bersama peniaga dan pengunjung Jualan Rahmah.

Beliau dalam pada itu menyifatkan Jualan Rahmah ini memberikan kemudahan kepada rakyat setempat teruatama untuk mereka mendapatkan barangan keperluan asas pada harga yang berpatutan.

“Hari ini saya beramah mesra bersama penduduk taman makmur yang sedang berlangsungnya Jualan Rahmah.

“Alhamdulillah, saya dapati program2 seperti ini sangat dekat dihati rakyat memandangkan harga yang dijual dibawah paras harga pasaran, maka ianya mampu meringankan sedikit perbelanjaan masyarakat yang memerlukan.

“Tahniah buat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia cawangan Kluang dan wakil penduduk Taman Makmur yang diwakili Abdul Rahiman Alwee kerana berjaya menjayakan program berbentuk pro rakyat seperti ini,” ujar beliau. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.