Belum Angkat Sumpah, Awie Terus Berbakti… Pilih BN, Lihat Bukti

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Walaupun belum mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau lebih dikenali sebagai ‘Awie’ terus berkerja membela rakyat dengan mewujudkan mesin juruwang automatik (ATM) keempat.

Awie menerusi satu hantaran di Facebooknya mengharapkan kemudahan ATM ini dapat memudahkan rakyat DUN Nenggiri.

“Ini adalah mesin ATM daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) dan ini merupakan mesin juruwang automatik yang keempat dan telah dipasang di Pejabat Operasi KESEDAR, RKT Jeram Tekoh DUN Nenggiri.

“Terima kasih kepada pihak BSN yang telah mengadakan mesin juruwang automatik ATM di Jeram Tekoh. Semoga ianya memberikan keselesaan dan kemudahan kepada warga Jeram Tekoh mahupun warga sekitar di kawasan ini dan terima kasih sekali lagi kepada BSN. Tiada janji… Insya-Allah lihat bukti,” katanya.

Terdahulu, kemudahan seperti itu telah diwujudkan di Kampung Jerek, Bertam Baru, Rehat dan Rawat (RNR) Rantau Manis, Sungai Asap dan terbaharu di RKT Jeram Tekoh.

Penduduk di Nenggiri menarik nafas lega apabila impian untuk menikmati kemudahan ATM menjadi kenyataan apabila keluhan mereka didengari oleh pihak berkenaan.

Azmawi yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri pada 17 Ogos lalu akan mengangkat sumpah sebagai DUN Nenggiri di Dewan Negeri pada mesyuarat yang akan datang. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit