Zakaria Hanafi Calon BN PRK Semenyih

SEMENYIH, 14 Feb – Zakaria Hanafi, 58, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N24 Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang bakal berlangsung 2 Mac depan.
9
Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu majlis di sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon pada 16 Februari manakala tarikh mengundi awal pada 26 Februari.

Seramai 54,503 pemilih layak mengundi bagi PRK tersebut mengikut daftar pemilih sehingga suku ketiga 2018 yang dikemaskini sehingga 11 Januari lalu.

PRK DUN Semenyih diadakan susulan penyandangnya Bakhtiar Mohd Nor, 57, meninggal dunia di Hospital Kajang pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung. – MediaUMNO

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit