Tuntutan Sulu: Kemenangan Mutlak Buat Malaysia, Azalina Unsung Hero

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Gulam Muzaffar Gulam Mustakim menyifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai unsung hero atas kemenangan penting kepada negara.

Ia ekoran keputusan muktamad Mahkamah Agung Belanda yang menolak rayuan difailkan pihak Sulu, sebagai berita baik untuk Malaysia.

“Tiga hari lepas alhamdullilah Malaysia sebenarnya telah menerima satu perkhabaran yang amat penting dan begitu membanggakan dari kamar International Court of Justice (ICJ) di Hague Belanda berhubung keputusan tuntutan kumpulan Sulu terhadap Sabah dengan jumlah pampasan lebih dari RM60 bilion.

“Malaysia telah mendapat pengiktiraf akhir yang mengesahkan kumpulan Sulu tidak mempunyai sebarang hak terhadap Sabah dan tuntutan mereka tidak sah.

“Di sebalik kejayaan ini ada seorang susuk badan yang tidak pernah didendang (unsung hero) iaitu Azalina Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang juga Menteri Undang-Undang Dan Reformasi Institusi yang telah menyelamatkan tanah berdaulat Sabah dan wang rakyat berjumlah puluhan billion,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurut beliau, negara hampir kehilangan aset penting seperti Petronas ke atas tuntutan ini yang ketika zaman Perdana Mentei ketujuh dan kelapan tidak bersungguh-sungguh untuk mempertahankan wilayah-wilayah Sabah.

Katanya ia sama seperti mana negara terlepas Pulau Batu Puteh kepada Singapura.

“Di dalam UMNO sendiri, ada yang sinikal dengan tugasan Azalina selalu Ketua Penerangan UMNO Malaysia itu sendiri dan ada sampai mencadangkan supaya ditukar kepada orang lain tetapi maaf kata mereka tidak memandang sudut tugasan dan pencapaian Azalina di pihak kerajaan.

“Ada sesuatu yang saya belajar dari karektor Azalina ini ialah bila mana ada satu pepatah Inggeris berbunyi keep your work in silence and let your success make noise. Terbukti dan terdiam buat hater beliau,” ujar beliau.

Terdahulu Azalian menerusi akaun X berkata, keputusan Mahkamah Agung Belanda iaitu suatu yang muktamad dan sahih, menamatkan percubaan pihak menuntut untuk menguatkuasakan tuntutan mereka yang tidak sah terhadap Malaysia di Belanda.

“Keputusan Mahkamah Agung ini mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan Hague pada 27 Jun 2023, yang mengekalkan cabaran Malaysia terhadap permohonan pihak menuntut di Belanda untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan Final Award yang dibuat oleh Dr Gonzalo Stampa di Paris pada 28 Februari 2022,” kata Azalina. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit