Isu RM90 Juta Cubaan PH Rosakkan Kerjasama UMNO Pas – Zahida
KUALA LUMPUR, 9 Feb – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan berkata, tuduhan kononnya UMNO memberi Pas RM90 juta sebenarnya hanyalah satu cubaan Pakatan Harapan (PH) yang mahu melemahkan kerjasama kedua-dua parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih.
Jelas beliau, mungkin kerana melihat kejayaan gabungan UMNO dan Pas di PRK Cameron Highlands maka fitnah demi fitnah ditabur demi merosakkan kesatuan ini.
“Jangan gentar serangan mereka. Kita teruskan perjuangan hingga PH tumbang,” ujar beliau menerusi laman sosial twitter.
Tambah beliau, isu R90 juta ini juga sengaja ditimbulkan bagi mengalih isu terhadap soal yang sering ditanya oleh rakyat iaitu keadilan untuk anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib. – MediaUMNO