Lantikan Politik PH Dalam GLC : #JanjiTipuPalsu – Anuar Manap
SEKIJANG, 9 Jan – Pengerusi Penaja Pembela Bangsa Felda (PEMBELA), Anuar Abd Manap berkata, tindakan kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) membuat lantikan politik dalam syarikat milik kerajaan (GLC) ternyata membuktikan bahawa segala janji mereka adalah janji palsu.
Jelas beliau, antara janji manifesto PH adalah, menjadikan pentadbiran semua GLC setaraf dengan piawaian antarabangsa dan akan memastikan pelantikan ahli lembaga pengarah ke dalam GLC nasional dan negeri adalah dari kalangan golongan profesional, dan bukan berdasarkan kaitan politik mereka, namun apa yang mereka lakukan kini ternyata menyimpang dari segala janji.
“Memang kita telah mengetahui kerajaan PH ini sentiasa gagal dalam bab berjanji. Kalau dalam Islam, inilah salah satu ciri munafik. Bukannya kita mahu pertikai lantikan politik ini kerana di zaman Barisan Nasional (BN) memerintah, perkara ini memang ada, tetapi dalam kempen pilihan raya, PH telah berjanji malah tercatat dalam manifesto mereka bahawa perkara ini tidak akan berlaku sekiranya mereka mentadbir negara.
“Namun kini, bukan seorang dua tetapi lebih dari itu… orang politik dilantik dalam GLC. Dulu bila tidak ada kuasa, mahu kuasa… bila sudah ada kuasa dan diberi amanah, janji pula tidak mampu ditepati. Maka betullah #FitnahSudahMenang,” ujar beliau kepada UMNO-Online.
Tegas beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Sekijang, rakyat seharusnya sudah mula sedar apa yang pemimpin BN dulu katakan adalah benar dan berfakta.
“Dari dulu kita sudah katakan PH hanya pandai berjanji bulan dan bintang tetapi bila sampai masa untuk tunaikan ia tidak akan jadi kenyataan. Semua akan ‘u-turn’ dan diberi pelbagai alasan.
“Nasihat saya, ambilah peluang ini untuk menilai dengan baik dan bukalah mata seluas-luasnya melihat yang mana intan dan yang mana kaca. Bila sampai masa nanti, buatlah pilihan yang terbaik,” luahnya lagi.
Untuk rekod, berikut adalah antara senarai lantikan politik PH yang dipetik daripada Facebook mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak;
Siapa Mereka Ini ?
1) Akhramsyah (Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM) – Pengerusi MARA Corporation
2) Wan Saiful (Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM & Naib Pengerusi Biro Dasar dan Strategi) – Pengerusi PTPTN
3) Dr Faiz Naaman (Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM & Exco ARMADA Nasional) – Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia
4) Junaidah Kitting (Isteri Setiausaha Politik PM merangkap Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM) – Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia
5) Mohamed Haniff Khatri (Peguam PPBM) – Pengerusi Penang Regional Development Authority (Perda)
6) Faiz Fadzil (Timbalan Ketua Pemuda PAN Nasional)- Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
7) Wan Rahim Wan Abdullah (Pengerusi PAN Kelantan) – Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara
8) Mazlan Aliman (AJK Tertinggi PAN Nasional) – Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). – MediaUMNO