SEOUL 19 Okt–SEOUL 19 Okt–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dua hala bersama rakan sejawat yang baharu dilantik Menteri Pertahanan Nasional Republik Korea TYT Shin Won Sik di sini hari ini. Dalam pertemuan ini, kedua-dua belah pihak telah memberikan komitmen untuk mempertingkatkan kerjasama pertahanan sedia ada dan bersetuju untuk meneroka peluang kerjasama pertahanan yang baharu termasuk dalam aspek kerjasama ketenteraan serta industri pertahanan.