Wacana U3.0 Malam Ini Tampilkan Ahmad Zahid Dalam ‘Sesi Dari Hati Ke Hati Bersama Presiden UMNO’

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Hal berkaitan Presiden UMNO mula dijadikan polemik dalam politik harian sejak berlaku Ahli Parlimen yang menyeberangi dan menyokong Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Selaras dengan itu, Wacana U3.0 akan menampilkan ‘Sesi Dari Hati Ke Hati Bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi’ pada jam 9.00 malam ini.

Dalam wacana tersebut, Dr Ahmad Zahid dijangka akan mengulas mengenai kedudukan UMNO dalam suasana politik tempatan selain perbincangan berkaitan isu-isu semasa.

Wacana yang diadakan di Auditorium UMNO, Menara Dato’ Onn, di sini akan turut disiarkan secara ‘live’ melalui medium Facebook UMNO-online, di pautan www.facebook.com/mediaumnomalaysia khusus kepada mereka yang tidak berkesempatan hadir atau boleh ke pautan terus ke https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia/videos/1241401776024553/.

Selain hadirin yang menonton, para netizen dijemput untuk bersama-sama mengikuti kupasan panel di samping melontarkan pandangan, idea atau persoalan menerusi ruangan yang ada. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.