Apakah Tauliah Penceramah Agama Kini Di Bawah Gobind Singh Deo?

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Jelaslah bahawa kebebasan bersuara yang selama ini diuar-uarkan dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanyalah omongan kosong yang terpakai untuk kelompok sendiri sahaja, bidas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Malah katanya, lebih teruk lagi apabila Kerajaan PH menipu kononnya mahukan penceramah agama yang ‘non-partisan’ tetapi hakikatnya adalah sebaliknya.

“Terkesima saya membaca surat pengesahan pejabat Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo yang mengesahkan sekatan terhadap terhadap 10 penceramah agama popular tanahair termasuk Ustaz Abdullah Khairi, Ustaz Ahmad Dasuki, Ustazah Nurhafizah Musa, PU Amin, Ustaz Azhar Idrus daripada keluar bersiaran di mana-mana stesyen TV mahupun Radio,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegasnya, walaupun tidak dinyatakan sebab dan alasan yang jelas, namun umum mengetahui bahawa sekatan ini ada kaitan dengan kecenderungan politik mereka yang didakwa penyokong Pas.

“Memanglah Menteri mempunyai kuasa mutlak untuk menyekat mana-mana pihak cuma yang menjadi persoalan di manakah perjuangan kebebsan bersuara yang dilaung-laungkan sebelum menjadi kerajaan?

“Atau apakah kebebasan bersuara hanya bersifat terpilih kepada mereka yang menyokong Kerajaan PH sebagaimana 20 nama baru yang dikeluarkan.

“Lebih parah lagi apabila hari tauliah ceramah hari ini bukan lagi menjadi milik eksklusif Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri yang dinaungi Raja-Raja Melayu tetapi sudah diambil alih oleh Menteri Gobind Singh.”

Katanya, kalau nak diserahkan kepada JAKIM sekalipun, hakikatnya JAKIM tiada kuasa mengeluarkan tauliah.

“Sebab itulah di zaman kerajaan BN memerintah dulu apa sahaja yang berkaitan agama harus dirujuk dan dirundingi terlebih dahulu dengan Majlis atau Jabatan Agama Negeri-negeri.

“Malah nama-nama besar yang disekat oleh Gobind Singh tidak pernah dihalang kerajaan terdahulu walaupun jelas kecenderungan mereka kepada pembangkang Pas.”

Ujarnya, melihat senarai nama 20 penceramah baru yang dikeluarkan jelas sekali bahawa kebanyakannya adalah pendokong PH termasuklah bekas calon Parti Amanah Negara (PAN) Nik Omar; Pengerusi PAN Kelantan, Che Ibrahim, Pengerusi PAN Perlis, Zolkharnain Arifin; YB PKR, Suhaimi Kassim dan pimpinan Amanah PAN di peringkat nasional dan negeri. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.