UMNO Tidak Berkubur, Semangat Perjuangan UMNO Tidak Boleh Dipenjarakan – Tok Mat


KUALA SELANGOR, 18 Nov – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan penuh yakin dan percaya kehadiran yang membanggakan ahli dan pimpinan UMNO pelbagai peringkat pada sesi perjumpaan pimpinan parti peringkat pusat dengan UMNO Selangor menunjukkan parti berkenaan tidak akan menuju kehancuran.

Malah tegasnya tidak nampak gambaran dakwaan sesetengah pihak bahawa UMNO ini akan berkubur dan kehadiran yang melimpah ruah membuktikan semangat yanga ada pada pada ahli parti masih tinggi.

“Macam mana nak katakan berkubur kalau inilah yang datang sampai melimpah ruah saya tidak nampak semangat yang ada ini. Kita bangun dan bangkit kembali.

“Walaupun boleh dipenjarakan UMNO tetapi semangat perjuangan parti tidak boleh dipenjarakan.

“Kami di atas akan mempertahankan UMNO…itu azam dan tekad kita. Jangan risau.Traffic light kita ada…ada merah..ada kuning..ada hijau. Jadi tidak semudah itu untuk menguburkan wadah perjuangan orang Melayu bermula daripada menuntut kemerdekaan negara ini,” katanya.

Beliau berkata.demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Presiden Bersama UMNO Selangor di sini, hari ini.

Mohamad seterusnya menegaskan UMNO bukan parti sebaliknya sebuah perjuangan orang Melayu.

“Saya selalu cakap UMNO bukannya parti. Ianya adalah pertubuhan kebangsaan perjuangan orang Melayu yang mana bermula daripada banyak persatuan-persatuan orang Melayu yang berpecah belah pada ketika itu.

“Negara ini tidak ada satu negara, negeri- negeri dan disebabkan gagasan Malayan Union telah membuka mata orang Melayu. Itu sebabnya digabungkan maka bersatulah banyak gabungan dan pertubuhan Melayu yang banyak pada ketika itu,” ujarnya.

Mohamad seterusnya berkata dalam pilihan raya umum lalu badai telah memukul kapal parti hingga tersadai.

“Tak apalah tiang layar kita patah..perahu pendayung kita patah…kita punya lantai pun bocor tidak mengapakah…kita berlabuh dahulu kat pengkalan kita.

“Kita baiki tiang kita..kita cari pengayuh baharu…bila dah tenang balik kita belayar untuk menuju kepada matlamat kita, insya Allah. Tetapi jangan ada pula yang tebuk perut kapal kerana kalau tenggelam semua akan tenggelam. Ini perjuangan bersama kita untuk memegang amanah,” ujarnya.-MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.