Pilih BN… Jom Anak Muda Buat Pilihan Tepat Demi Kestabilan – Hairi
KUALA LUMPUR. 6 Nov – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Johor, Mohd Hairi Mad Shah berharap anak-anak muda negeri itu yang akan membuang undi pada 19 Nov depan membuat pilihan yang tepat.
Jelas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, pilihan itu amat penting demi kestabilan Johor serta negara khususnya.
“Jom semua anak muda kita tunaikan tanggungjawab dan yang paling penting, buatlah pilihan yang tepat demi keselarian dan kestabilan Johor serta Malaysia,” katanya.
Katanya lagi yang juga Exco Kerajaan Johor, ‘Hari Raya’ demokrasi atau Hari Pembuangan Undi pada 19 November nanti menyaksikan semua kawasan Parlimen dan DUN mengalami situasi pertambahan pengundi.
Tambahnya lagi pertambahan membabitkan pengundi kali pertama dan pengundi 18 tahun yang buat julung kalinya dilibatkan dalam Pilihan Raya Umum selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac lalu.
“Mengikut data daripada SPR Johor, pengundi muda di Johor yang berusia 18 hingga 20 tahun adalah seramai 169,919 orang.
Malah, PRU15 kali ini menyaksikan pertambahan seramai 18,727 pengundi di Johor berbanding PRN Johor, Mac lalu.
“Jom sama-sama buat pilihan yang terbaik dan pilihlah dengan tepat untuk kestabilan kita bersama.insya Allah” ujarnya. – UMNO Online