Ikhtiar BN Johor: Nama Pun Sudah Menarik… Bukan Janji Kosong, Lihat Di Melaka – Rais

Bakri, 6 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Rais Yasin berpandangan ‘Ikhtiar BN Johor’ mempunyai tarikan tersendiri yang mana bukan sahaja pada namanya malah apa yang ditawarkan untuk rakyat negeri berkenaan.

Berkongsi luahan masyarakat setempat setelah berkempen di beberapa buah kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, di sini, beliau berkata rata-rata penduduk memuji tawaran berkenan yang dianggap sesuatu yang terbaik.

“Tinjauan saya bersama jentera setempat di beberapa kampung dalam DUN Simpang Jeram ini, rata-ratanya memuji dan dari segi nama itu sudah cukup membuktikan betapa komitmen itu disertakan dengan sifat tawakkal kerana kita tidak mahu memanggil nama seperti manifesto yang akhirnya dikatakan manifesto bukan kitab suci dan apabila tidak dapat ditunaikan dikatakan benda itu tidak penting. Jadi nama itu sudah menarik perhatian iatu Ikhtiar BN Johor.

“Apa yang saya dapat lihat di dalam Ikhtiar BN Johor ini banyak perkara yang sangat baik ditawarkan kepada rakyat Johor mengapa mereka perlu memilih Barisan Nasional (BN) pada PRN ini.

“Sudah tentu tema kita kestabilan dan kenapa kita perlu kestabilan itu lihat sahaja di Melaka. Kali ini dengan kestabilan yang ada memudahkan serta melancarkan urusan serta usul di sidang DUN,” katanya kepada UMNO-Online.

Terdahulu beliau bersama jentera setempat mengadakan walkabout beramah mesra serta berkempen untuk calon BN DUN Simpang Jeram, Datuk Lokman Md Don.

Tambah Rais lagi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, beberapa contoh terbaik dapat dilihat secara jelas antaranya Perumahan Johor.

“Ambil contoh perumahan Johor, antara yang menarik tumpuan saya adalah ‘Rent To Own’. Skim ini untuk orang muda khasnya dan ini adalah satu bentuk usaha daripada BN untuk menawarkan kepada orang muda yang kita tahu apabila pandemik melanda ada yang hilang pekerjaan, perniagaan merundum dan sebagainya.

“Jadi dengan adanya sistem ini masing-masing boleh menyewa dan kelak terus boleh beli rumah tersebut. Ini adalah satu contoh yang amat baik dan insya-Allah jika Johor berjaya lakukannya negeri-negeri lain mampu lakukan yang sama,” ujar Exco Pendidikan dan Teknologi Negeri Melaka itu.

Ujarnya lagi dengan adanya kestabilan segala-galanya mampu dicapai serta dilaksanakan secara menyeluruh kepada seluruh rakyat Johor.

“Jadi saya merayu kepada rakyat di Johor demi kestabilan…pada PRN Melaka saya orang baharu dan orang muda tetapi sentiasa saya bawa kenapa kita perlu kepada kestabilan. Dengan kestabilan datangnya kemakmuran dan apabila sebuah negeri itu makmur insya-Allah akan datangnya kemajuan.

“Jangan sesekali sia-siakan peluang 12 Mac nanti. Kami daripada BN yang dibarisi calon daripada UMNO, MCA dan MIC merupakan antara tiga parti tunjang di tanah air ini. Kami biasa ‘bergaduh’ dan kami biasa berbaik namun satu… kami tidak mempunyai sejarah berpecah.

“Saya yakin mereka (pihak lawan) sedang berantakan dan masing-masing tengah berfikir mahu letak siapa (calon menteri besar). Kita boleh tengok video yang viral semalam bagaimana Allah menunjukkan seseorang yang memakai baju Perikatan Nasional tetapi apabila dilaungkan pakatan…kalaulah itu suatu kesilapan kenapa ada antara yang di belakang itu turut menyahutnya.  Yang saya nampak mereka celaru,” ujarnya.- UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.