‘Kestabilan Demi Masa Depan’… PRN Johor Bukti BN/UMNO Sedia Reform, Transform – Shahril Hamdan

AYER HITAM, 25 Feb – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan yakin dengan keputusan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang telah mengumumkan calon-calon muka baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurutnya, ini telah terbukti bahawa UMNO/BN sentiasa bersedia melakukan apa jua perubahan apabila berlakunya pilihan raya.


“70 peratus muka-muka segar dan baharu serta menjadi satu syarat yang baharu dan kesediaan UMNO/BN untuk ‘reform’ serta ‘transform’ dalam kaedah pilihan raya. Muka -muka segar ini kebanyakannya terdiri dari kalangan Wanita, Pemuda dan Puteri termasuk juga golongan yang lebih ‘senior’ dan berpengalaman.

“Gandingan ini mencerminkan cara dan kaedah BN yang menggemblengkan segmen-segmen berbeza ke arah satu kemenangan,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Shahril yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia berkata tema kestabilan pada PRN Johor telah menambat hati rakyat dan pihak lawan cukup takut terhadap tema tersebut.

“Tema ‘Kestabilan Demi Masa Depan’ telah menambat hati pengundi dan pihak lawan sudah sedar, mereka cuba menyerang BN serta cuba memperlekehkan kemampuan UMNO/BN membawa tema kestabilan.

“UMNO/BN akan terus menyakinkan bahawa tema kestabilan ini selain mematahkan hujah lawan iaitu mengingatkan pengundi tentang bezanya apabila BN boleh mentadbir sebuah kerajaan dengan stabil, majoriti yang selesa dan bezanya keadaan sekarang dan juga sewaktu PH memimpin.

“UMNO/BN boleh menunjukkan bukti dan fakta untuk menyakinkan kepada rakyat dan jangan ada lagi bercelaru serta serabut. Pilih saja BN untuk dapatkan majoriti yang besar dan Insya-Allah akan beri kesan positif kepada ekonomi dan rakyat, ” jelasnya lagi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.