Hasut Rakyat, Momokkan ‘Kluster Mahkamah’ Ciptaan Pihak Terdesak – Shahrul
JOHOR BAHRU, 18 Feb – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin berpandangan pihak yang sengaja menghasut rakyat termasuk mengelirukan berkenaan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai terdesak.
Katanya, sikap mereka ini termasuk pembangkang dilihat tidak bertanggungjawab malah beliau menasihati rakyat khususnva di negeri ini untuk bertindak rasional dalam menilai sebaiknya khidmat bakti Barisan Nasional (BN) kepada negara selama lebih 60 tahun.
“Mereka ketandusan idea dan strategi bagaimana memburukkan dalam kalangan masyarakat Johor khususnya menggunakan pelbagai alasan seperti kluster mahkamah, malah mengaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak yang kita tahu sering membantu BN di beberapa siri pilihan rava sebelum ini.
“Kita hendak nasihatkan pengundi untuk menilai bahawa kestabilan sesebuah negeri dan negara itu bergantung kepada pengalaman.
“BN membuktikan satu-satunya parti yang dapat membantu rakyat tanpa kira bangsa dan agama membangunkan ekonomi, telah terbukti semenjak merdeka hingga hari ini tidak meninggalkan sesiapa,” katanya ketika ditemui UMNO Online.
Bercakap mengenai pengundi muda yang pertama kali akan menjalankan tanggungjawab dalam sistem demokrasi negara, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Ampang itu berkata golongan ini perlu menyemak kembali kegagalan yang dilakukan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.
Katanya, kematangan golongan ini amat diperlukan untuk memastikan masa depan negara tidak diperjudi seperti yang berlaku pada tragedi hitam pada 2018 lalu.
“Anak muda harus memahami polisi negeri dan negara bukan hanya dengan demonstrasi ataupun protes, kena faham kenapa pilihan raya ini perlu diadakan dan keperluan untuk anak muda kena keluar mengundi kerana satu undi itu amat bermakna untuk kita menang atau tewas pada pilihan raya nanti.
“Nilai yang sebaik mungkin, jangan emosi dan jangan dengar sebelah pihak, gunakan kebijaksanaan dan kepakaran anda buat google research kita boleh melihat dengan pelbagai cara.
“Jangan hanya bergantung kepada orang yang sentiasa menabur fitnah dan janji tapi mereka sendiri tidak dapat tunaikan, cukuplah 22 bulan kita sengsara,” ujar beliau.
Terdahulu, media melaporkan beberapa pemimpin utama daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Pas dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) seringkali mengaitkan PRN sebagai agenda UMNO terutama daripada pemimpin yang dilabel sebagai kluster mahkamah. – UMNO Online