Gandingan Muka Baharu Dan Berpengalaman, Tanda BN Mampu Raih Sokongan Rakyat Johor
KUALA LUMPUR, 15 Feb – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin yakin Barisan Nasional (BN) mampu meraih kemenangan besar semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.
Katanya, ini berdasarkan kenyataaan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan juga Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan yang berjanji akan meletakkan lebih ramai calon baharu dan berpengalaman serta anak muda yang berpotensi membawa kestabilan politik di negeri Johor.
“Dengan poster calon Menteri Besar Johor Datuk Seri Hasni Mohammad yang tenang, berkebolehan, berani membuat keputusan, ini juga antara faktor kepada kemenangan BN di negeri Johor nanti, insya-Allah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Lembah Pantai itu lagi, antara faktor lain yang boleh menjadikan kemenangan besar buat BN adalah kekurangan calon-calon Pakatan Harapan (PH) yang berkaliber dan pergolakan perebutan kuasa di dalam PH dan juga Perikatan Nasional (PN).
“Ditambah pula dengan sikap Parti Muda yang hipokrit dan masih tidak matang dalam mengeluarkan kenyataan-kenyataan semasa serta janji-janji manifesto yang membuatkan rakyat Johor menyampah dan tidak lagi akan termakan dengan janji-janji manis PH dan PN.
“Saya harapkan agar rakyat negeri Johor dapat bijak memilih dan mengundi demi sebuah kemakmuran bangsa, kestabilan ekonomi negeri dan membantu BN memenangi PRN Johor nanti,” katanya.
Seterusnya beliau juga UMNO dan BN telah banyak berubah dan belajar daripada kelemahan dan kekalahan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu.
Begitu juga beliau berdoa dan memohon agar kepimpinan atasan dapat meletakkan calon-calon muda yang berwibawa terutamanya di kalangan 26 orang Ketua Pemuda Bahagian bersama gandingan muka-muka lama yang berpengalaman dalam menarik sokongan rakyat negeri itu. – UMNO ONLINE