KPK Komited Perkukuh Pembangunan Ladang Hutan Mampan Sabah

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) komited memperkukuhkan pembangunan ladang hutan mampan Sabah.

Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad memaklumkan beliau telah berkesempatan menerima kunjunhan hormat Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA) pada Khamis.

“Alhamdulillah, saya berkesempatan menerima kunjungan hormat daripada delegasi SAFODA yang diketuai oleh Pengurus Besarnya, Datuk Bahrul Razha Chuprat.

“Pertemuan ini menjadi ruang penting untuk bertukar pandangan dan membincangkan usaha memperkukuh pembangunan ladang hutan di Sabah, khususnya dalam memastikan kesinambungan bekalan bahan mentah serta memperkasa potensi industri perkayuan negara,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia turut menzahirkan keyakinan bahawa kerjasama erat antara pihak terlibat akan dapat memperkembangkan industri perkayuan negara.

“KPK komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik dengan SAFODA dan semua pihak berkepentingan bagi memastikan pembangunan sektor ini dapat diteruskan dengan sokongan dasar, penyelarasan dan pendekatan yang bersesuaian.

“Insya-Allah, melalui kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan, kita dapat memastikan industri perkayuan negara terus berkembang, sekali gus mewujudkan nilai ekonomi yang mampan untuk generasi akan datang,” katanya lagi. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO