Tok Mat Hasan Iring Calon BN Lendu, Jentera Gelombang Biru Meriah

MASJID TANAH, 31 Okt – Suasana meriah dengan kibaran bendera Barisan Nasional (BN) dan kehadiran jentera parti mengiringi calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.04 Lendu, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid, ke Pusat Penamaan Calon di Kompleks Rakan Muda, di sini, hari ini.

Ketibaan calon turut diiringi Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang hadir memberikan sokongan kepada calon parti sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Kehadiran jentera dan penyokong yang membawa bendera BN menyerlahkan semangat serta kesiapsiagaan parti dalam menghadapi PRN kali ini.

BN terus membawa semangat perjuangan bersama rakyat dengan tekad memperkukuh sokongan dan mendapatkan mandat bagi meneruskan khidmat kepada masyarakat di DUN Lendu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 14 Nov sebagai hari mengundi bagi PRN Melaka manakala undi awal pada 10 Nov.

DUN Melaka dibubarkan secara rasmi berkuat kuasa 23 Sept lepas selepas mendapat perkenan daripada Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.

Pada PRN Melaka 2021, BN membentuk kerajaan selepas menang 21 daripada 28 kerusi dipertandingkan, manakala PH menang lima kerusi dan PN dengan dua kerusi. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO