Lagu BN Bergema Iringi Perarakan Calon DUN Asahan

ALOR GAJAH, 31 Okt – Suasana penuh semangat mewarnai perarakan untuk proses penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Nyanyian lagu Barisan Nasional (BN) menjadi penyuntik semangat kepada ratusan penyokong yang mengiringi calon BN menuju ke Pusat Penamaan Calon, Kolej Teknologi Jabatan Tenaga Manusia Kampus Selandar.

Perarakan tersebut berlangsung dalam keadaan tertib bersama calon BN DUN Asahan Datuk Dr Fairul Nizam Roslan yang tampil segak mengenakan baju Melayu berwarna biru.

Antara pemimpin yang hadir mengiringi antaranya Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin, Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah.

Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka, hari pengundian awal pada 10 November.

DUN Melaka dibubarkan secara rasmi berkuat kuasa 23 September lalu selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

Pada PRN Melaka 2021, BN mencatat kemenangan besar dengan memperoleh 21 kerusi, mengatasi Pakatan Harapan (PH) yang memenangi lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dengan dua kerusi. – UMNO Online

 

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO